berita

‘JKM Akan Bekal Makanan Asas Kepada Penduduk’ – Dr Maszlee Malik

March 27th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Perintah Kawalan Pergerakan diperketatkan di dua kawasan di Simpang Renggam Johor berikutan 61 penduduk dikesan positif COVID-19. Dua kawasan yang terlibat adalah Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid. Perintah ini membabitkan 3,570 orang penduduk daripada 650 keluarga.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dalam satu kenyataan memohon penduduk agar tenang dan mengikuti perintah kawalan pergerakan.

JKM akan bekalkan makanan asas

KENYATAAN MEDIA

DOA UNTUK SEMUA WARGA SIMPANG RENGGAM

1. Berhubung kenyataan terbaru daripada YB Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 27 Mac 2020 hingga 9 April 2020.

2. Juga dimaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membekalkan makanan asas yang mencukupi kepada penduduk di 2 tempat terbabit sepanjang tempoh ini.

3. Oleh yang demikian saya memohon semua penduduk bertenang dan mengikuti arahan pihak berkuasa untuk perlu kekal berada dalam rumah.

Mohon doa kesejahteraan penduduk

4. Pihak Pejabat Parlimen Simpang Renggam juga akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa untuk memastikan penularan wabak ini berjaya dikekang sepenuhnya.

5. Di pihak Pejabat Parlimen, kami akan sentiasa memaklumkan dan mengemaskini info serta bantuan yang boleh disalurkan. Hubungi talian Pejabat Parlimen Simpang Renggam ini (Whatsapp sahaja) untuk sebarang aduan atau info: 010-235 0151.

6. Saya mohon rakyat Malaysia untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh penduduk Simpang Renggam dan para petugas dalam mengharungi masa-masa yang sukar ini.

YB Dr. Maszlee bin Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam
26 Mac 2020

Sumber : Dr Maszlee Malik

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×