berita

‘Jodoh Kami Sampai Di Sini, Doakan Saya & Anak-Anak Reda..’ – Isteri Hafidz Roshdi

February 24th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Semalam, pelakon Hafidz Roshdi didakwa sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu, bersaksikan keluarga mereka.

Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Cerai Isteri Talak Satu Bersaksikan Keluarga?

Artikel Berkaitan: ‘Semoga Allah Gantikan Nikmat Yang Tidak Disangka Buatku & Anak-Anak’ – Nurul Shuhada

‘Jodoh kami sampai di sini’

Memetik laporan Harian Metro, Nurul Shuhada akhirnya tampil memberi jawapan berhubung dakwaan membabitkan dirinya itu. Shuhada menganggap jodohnya bersama suami, Hafidz Roshdi tidak panjang dan memberi bayangan bahawa kini hubungan mereka sudah pun berakhir.

Namun dalam masa yang sama, Shuhada belum bersedia untuk mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut tetapi dia mengharapkan agar orang ramai mendoakan dirinya dan anak-anak reda dengan apa yang berlaku.

Jodoh kami sampai di sini. Saya minta maaf, buat masa ini tidak ada apa yang ingin dikongsikan lagi. Cuma, saya mohon doakan semoga hati saya dan anak-anak reda, insya-Allah. Selebihnya, tunggulah 1 Mac ini.

Sebagai rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×