Tak dinafikan, generasi muda pada zaman kini lebih cenderung memilih pasangan hidup sendiri berbanding pilihan orang tua. Tetapi berbeza pula kisah yang dilalui seorang gadis ini apabila si ibu yang mencarikan jodoh untuk dirinya.
Wajah bakal menantu jadi tumpuan
Kisah itu dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok oleh seorang wanita yang bergelar ibu iaitu Puan Baizura. Wanita ini mengakui mahukan yang terbaik buat masa depan anak gadisnya. Oleh itu, dia memilih bakal menantunya dari segi akhlak dan agama. Namun siapa sangka, rupa paras bakal menantunya yang segak dan kacak di majlis pertunangan telah menjadi tumpuan ramai.
Bercerita dengan lebih lanjut, Puan Baizura memaklumkan anak gadis dan bakal menantunya itu bertemu tanpa dirancang dan kebetulan pada waktu itu, masing-masing berada dalam fasa ‘patah hati’. Oleh hal demikian, Puan Baizura mengambil kesempatan itu untuk merawat hati mereka berdua.
Mula-mula kenal 14/7/2021, mama chat kata nak kenalkan pada anak mama. Mula-mula dia macam tak nak mungkin tengah broken lagi kot. Kebetulan anak mama pun tengah broken sebab piluhan hati dia mama tolak bersebab.
Mama bagi gambar anak mama. Dia kata boleh je kawan-kawan dulu. Raya haji dia datang rumah dia bagi tahu family dia. Dalam tempoh kenal tu macam-macam dugaan datang tapi yang laki ni sabar je.
Difahamkan, dalam tempoh sebulan perkenalan, cinta anak gadis Puan Baizura bersama pemuda itu mula berputik. Malah, Puan Baizura mengakui dia yakin bahawa bakal menantunya itu mampu menjaga anak gadisnya.
4 bulan kenal, dia serius untuk ke fasa seterusnya.
Video
Respon netizen
Sumber: Baizura414