berita

Joe Flizzow Imbas Kenangan Bersama Malique Dalam ‘Apa Khabar’

July 2nd, 2014 | by Noraniza
Video Popular

Screen Shot 2014-07-02 at 12.37.42 PM

“Kadang kala waktu berhenti, ku toleh ke sisi, engkau tiada di sampingku, tapi lebih seringkali bertemu dalam mimpi, semuka dengan sahabatku, aku tanya apa khabar.”

Mesti ramai yang sudah pun mendengar lagu ini dimainkan di corong-corong radio bukan? Untuk pengetahuan anda, lagu berjudul Apa Khabar ini didendangkan oleh Joe Flizzow dan SonaOne.

Namun, apa yang lebih istimewa, jika dihayati keseluruhan lirik lagu ini, ia bagaikan memberi mesej kepada Malique bahawa Joe Flizzow merindui zaman kegemilangan ‘Too Phat’ suatu ketika dulu.

Screen Shot 2014-07-02 at 12.39.06 PM

Seorang lelaki yang mirip Malique turut ‘berlakon’ dalam MV Apa Khabar

Malah, lirik lagu ini turut menceritakan kisah permulaan mereka untuk bergelar penyanyi hip hop. Yelahkan, pada masa itu genre hip hop masih lagi asing di Malaysia.

Masih berusia belasan tahun ketika itu, mereka begitu teruja dan bersemangat untuk mencipta nama di persada hiburan dengan membawa genre hip hop.

Anda nak tahu apa ending story lagu ni? Nah, kami sediakan terus music videonya di bawah. Mana tahu lepas mendengar lagu ini, Malique akan terbuka hati nak buat satu lagu untuk Joe Flizzow pula.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×