berita

Joe Flizzow Tiada Masalah Rapping Bahasa Melayu

December 9th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Havoc Press Conference-26

Budak Subang Jaya memang ada gaya, macam hari-hari hari raya… Cuma nak pergi Fifteen, still so fresh so clean, memang nampak ballin’ walaupun tengah miskin…

Melihat potongan lirik diatas cukup membuktikan bahawa Joe Flizzow atau nama sebenarnya Johan Ishak, 35, mampu menyanyi rap dengan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam album Havoc.

Menampilkan 14 buah lagu melayu, album Havoc menafikan sama sekali dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa rapper terkenal ini tidak tahu menyanyi rap dalam bahasa ibundanya.

Meskipun rapper sering terkenal menerusi bahasa asing, namun Joe berharap agar persepsi masyarakat dapat diubah dan yakin dengan kebolehannya dalam berbahasa Melayu.

Havoc Press Conference-23

Havoc bukti Joe mampu kuasai bahasa ibunda

Selain yakin dengan album terbarunya ini, Joe turut menyatakan bahawa album Havoc mampu memberikan nafas baru kepada generasi hip-hop yang akan datang dari segi bahasa, cara dan gaya.

Biarpun sebelum ini Joe pernah dituduh mencemarkan Bahasa Melayu, namun kejayaan album ini cukup membuktikan bahawa masyarakat mula setuju dengan penggunaan bahasanya.

Selama 5 tahun saya memikirkan untuk tampil dalam album Bahasa Melayu, dan kini terlahirlah album ini. Saya yakin album ini mampu memberikan nafas baru kepada hip-hop Malaysia.

Dalam album Havoc, saya gunakan bahasa percakapan masyarakat zaman ini. Rasanya, kejayaan Havoc ini membuktikan bahawa masyarakat setuju dengan saya.

Havoc Press Conference-19

Joe yakin bahasa pasar dapat diterima masyarakat

Dalam pada itu, Joe yang ditemui sewaktu majlis pelancaran album Havoc di Lust KL, Sabtu lalu turut memberitahu bahawa dia dan papa rock Malaysia iaitu Amy Search serta penyanyi Indonesia, Datuk Rossa telah berkolaborasi dalam album Havoc ini.

Sebagai tambahan, album Havoc akan dimuatkan sebanyak 14 lagu melayu yang terdiri daripada Ucapan Terakhir Presiden, Iller-Iller, Havoc, Untukmu, Baek, Satu Kali, Lu Lari, Kongsi, Aku Tak Kenalmu, Apa Khabar, Air Mata dan Apa Benar.

SKIP THIS AD ×