berita

Joe Flizzow Trending Di Twitter, Ramai Tak Sabar Kolaborasi ‘CIAO’ Bersama Jay Park & MK

January 18th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menampilkan MK K-Clique dan artis hip-hop Korea-Amerika, Jay Park sebagai rakan kolaborasi, nama Joe Flizzow, trending di Twitter sejak semalam. Menerusi Instagram Def Jam Malaysia, iaitu syarikat rakaman Joe Flizzow, ketiga-tiga penyanyi ini akan digandingkan menerusi satu lagu yang berjudul ‘CIAO’. Sempoi!

22 Januari 2021

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Def Jam Malaysia (@defjammsia)

Menerusi video trailer berdurasi 0:24 saat itu, penonton dapat muzik video ‘CIAO’ yang penuh bercahaya neon, di samping penampilan istimewa Joe Flizzow, MK dan Jay Park. Lebih menarik, kerjasama tersebut membabitkan wakil dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Korea Selatan dan Singapura. Di samping itu, komposer dan penyanyi Alyph dari Singapura menggalas tanggungjawab sebagai penerbit.

Siapa Jay Park?

Park Jaebeom atau lebih dikenali sebagai Jay Park merupakan seorang b-boy, penari, penyanyi, pencipta lagu, rapper, dan pelakon Korea-Amerika. Dia juga merupakan bekas ahli serta ketua kumpulan 2PM. Dia juga pernh menjadi sebahagian daripada krew b-boy Art of Movement yang bertapak di Seattle.

Antara lagu Jay Park yang dikenali ramai ialah Mommae, All I Wanna Do, Drive, V dan Solo. Jay Park juga pernah berkolaborasi bersama Mizz Nina menerusi lagu Around The World. Kolaborasi tersebut juga membawa mereka berdua meraih kemenangan di Flava Award.

Sumber: Def Jam Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×