Pempengaruh dan usahawan, Jofliam mengaku masih tinggal sebumbung dengan isterinya meskipun sebelum ini dia mendedahkan mengenai statusnya yang kini ‘bukan lagi suami’ kepada Cik Epal.
Artikel Berkaitan: ‘Ini Gambar Biasa’ – Foto Berdua Jofliam Dengan Staf Wanita Di Itali Tular, Netizen Dakwa Tak Jaga Hati Cik Epal?
Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Jofliam & Cik Epal Bergolak? Status Perkahwinan Hanya Akan Diketahui Bulan Ini – ‘Saya Tidak Pernah Curang Walaupun Sesaat’
‘Dewi ke Milan atas pengetahuan dan keizinan Cik Epal’
Menerusi komen balas yang ditinggalkan di Instagram, Jofliam atau nama lengkapnya Jofli Abu Bakar, 36, menjelaskan bahawa hubungannya dengan Cik Epal masih dalam keadaan baik sebelum dia berangkat ke Milan.
Malah Jofliam mendakwa Cik Epal sendiri telah memberi keizinan kepadanya untuk membawa staf perempuan, Dewi ke Milan selepas tercalon dalam pertandingan Top 100 Pizza.
Dewi datang ke Milan atas pengetahuan dan keizinan Cik Epal. Sehari sebelum ke Milan saya dan Cik Epal boleh membeli-belah lagi untuk persediaan ke Milan. Hadiah yang Dewi terima, Cik Epal juga yang beli dengan saya siap pilih lagi.
Ujar pemilik kedai terkenal Pizza Wagyu itu lagi, dia masih berhubung dan membuat panggilan video bersama isteri dan anak-anaknya sepanjang berada di Milan, Itali.
Sepanjang saya di Milan, gambar yang dimuat naik Dewi, saya masih video call bersama anak-anak saya dan Cik Epal.
Tidak ada masalah langsung. Kalau betul saya curang, untuk wanita seperti Cik Epal yang benci lelaki curang, dah lama saya kena bom. Tapi kenapa tak ada? Kenapa Dewi masih boleh update seperti biasa? Itu lah ramai yang tak tahu.
Jofliam, Cik Epal masih tinggal sebumbung
Jofliam turut menegaskan bahawa hanya Cik Epal sahaja yang boleh menjelaskan perkara sebenar selain meminta orang ramai agar berhenti menabur fitnah terhadap dirinya.
Jawapan hanya boleh diceritakan oleh Cik Epal. Saya harap jangan dari mulut Dewi kalau dari mulut Dewi akan jadi lebih teruk kerana jawapan-jawapan Dewi akan lebih fakta dan straightforward.
Apa-apa pun nasihat saya pada semua, berhenti dulu fitnah saya macam-macam.
Saya tak pernah tinggalkan keluarga saya. Saya masih duduk serumah. Balik ni pun duduk serumah lagi, Penjelasan saya sebelum ini saya tuju kepada keluarga saya yang huat kepala tau. Bukan nak minta pengesahan media sosial.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan Cik Epal malah pelbagai spekulasi mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.
Sumber: Media sosial