Kemelut rumah tangga usahawan dan pempengaruh media sosial, Jofliam dan Cik Epal akhirnya berakhir dengan perceraian. Malah spekulasi mengenai Jofliam berlaku curang juga adalah tidak benar.
Artikel Berkaitan: Cik Epal Bangga Pernah Jadi Isteri Jofliam, Enggan Buka Aib Bekas Suami – ‘Sepanjang Perkahwinan, Dia Tak Curang’
Artikel Berkaitan: Cik Epal Enggan Beri Kenyataan Isu Pergolakan Rumah Tangga – ‘Saya Tak Mahu Mendahului Keputusan Mahkamah Syariah’
‘Perjuangan saya untuk Han Yuki pula’
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Jofliam atau nama lengkapnya Jofli Abu Bakar, 36, enggan mengulas lebih lanjut berhubung punca perceraiannya dengan bekas isteri kerana tidak mahu membuka aib mana-mana pihak.
Sebaliknya, dia akan meneruskan kehidupannya demi dua orang anak tercinta iaitu Han dan Yuki.
Saya ada maruah, maruah saya tetap terjaga untuk anak-anak saya. Punca perceraian sebenar biarlah saya jaga supaya tiada aib sesiapa terbuka. Cukup sampai di sini sahaja.
Perjuangan saya untuk Han Yuki pula.
‘Terima kasih fitnah saya’
Sementara itu, Jofliam memberitahu bahawa dia telah pun memaafkan semua individu yang pernah menaburkan fitnah terhadapnya.
Terima kasih kepada semua yang menfitnah saya. Saya ampunkan semua.
Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.
Cik Epal kemudian menegaskan bekas suaminya, Jofliam tidak pernah berlaku curang sepanjang 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga seperti yang didakwa ramai.
Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Sumber: Instagram Jofliam