Pempengaruh dan usahawan, Jofliam menafikan dia sudah melafaz cerai terhadap isterinya yang juga pempengaruh terkenal, Cik Epal.
Artikel Berkaitan: ‘What If Saya Memang Tak Curang & Ada Plot Twist?’ – Jofliam
Artikel Berkaitan: Jofliam Rindu Anak-Anak – ‘Sepatutnya Han Join Ke Milan, Tapi Ada Benda Yang Menghalang’
Belum lafaz
Kata Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar, 36, ada perkara yang tidak boleh dimaklumkan kepada umum demi menjaga aib kedua-dua belah pihak.
Saya tak lafazkan cerai. Ada aib yang perlu saya jaga.
Jofliam memaklumkan perkara tersebut ketika membalas komen seorang pengguna media sosial yang bertanyakan mengenai dakwaan pempengaruh itu sudah berpisah dengan isterinya.
Dalam pada itu, menerusi satu lagi komen balas, Jofliam menjelaskan mengenai pemilihan pembantu peribadi wanita yang dikenali sebagai Dewi didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.
Keputusan saat akhir dan tak sempat. Bab kerja amanah, saya lebih percayakan Dewi berbanding pekerja lain.
Terdahulu, tiada angin tiada ribut, rumah tangga Jofliam dengan isteri, Cik Epal didakwa sedang bergolak susulan dakwaan mengatakan dia berlaku curang bersama seorang pekerja yang dikenali sebagai Dewi.
Menafikan dakwaan tersebut, Jofliam menegaskan dia tidak pernah bermain kayu tiga sepanjang melayari bahtera perkahwinan dengan Cik Epal.
Katanya, Cik Epal akan menjelaskan segalanya sejurus selesai urusan mahkamah kelak.
Sumber: Instagram