Usahawan dan pempengaruh media sosial, Jofliam, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila semakin semakin terbuka menunjukkan kemesraannnya dengan kekasih, Dewi di media sosial.
Artikel Berkaitan: Viral Video Jofliam Panggil Dewi ‘Sayang’? – ‘Sayang Dalam Video Cantik Daripada Foto’
Artikel Berkaitan: Jofliam Mengaku Bakal Nikahi Dewi Dalam Masa Terdekat – ‘Cik Epal Menggila Bila Tahu Saya Tak Nak Rujuk’
‘Bidadari Abang’
Baru-baru ini, Dewi atau nama lengkapnya Emira Delyati Dewi telah memuat naik satu foto di Instagram Story memaparkan dirinya manis mengenakan hijab berwarna hitam. Tetapi apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah komen ‘sweet’ yang ditinggalkan Jofliam yang memuji keayuan kekasihnya itu.
Malah, Jofliam atau pemilik nama Jofli Abu Bakar turut menggelarkan Dewi sebagai ‘bidadari’ dalam hidupnya.
Bidadari Abang.
Tindakan romantis itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang mendoakan kebahagiaan buat pasangan ini.
Terdahulu, persengketaan antara Jofliam dan bekas isterinya Cik Epal tidak berkesudahan dengan mendedahkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain.
Dewi yang merupakan pekerja Jofliam turut terpalit dan didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan itu.
Jofliam kemudian mengaku menjalinkan hubungan cinta dengan Dewi dan memaklumkan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki. Namun mereka bercerai pada tahun lalu selepas 10 tahun hidup bersama.
Sumber: Instagram Dewi