Siapa yang tak kecewa bila dah penat jogging ditambah pula mengamalkan pemakanan sihat tapi tak kurus seperti yang diharapkan! Buat penat je kan?
Rata-rata penghidap obesiti salah faham akan konsep ‘AKTIF’ yang sebenar seperti disarankan oleh doktor. Sebenarnya, senaman kardio seperti berjogging, berenang, berbasikal, hiking, paling sesuai bagi menurunkan berat badan demi mencapai berat badan yang ideal.
Tahu kadar denyutan maksimum jantung
Sumber foto: Google
Kiraannya amat mudah mengikut umur anda sekarang.
- Angka 220 akan ditolak dengan umur sendiri, sebagai contoh 220-31= 189 . Jadi, kadar denyutan jantung maksimum paling laju untuk senaman adalah 189 denyut bagi setiap minit.
Cara mudah mengira denyut
Sumber foto: Google
Cara pertama melalui menekan salur darah arteri radial di pergelangan tangan dan mula mengira selama 15 saat dan darab dengan 4 maksudnya akan menjadi seminit. Sebagai contoh, jika denyut selama 15 saat adalah 2o denyutan jadi, 20 denyutan x 4 = 80 denyut bagi setiap minit. Berdasarkan kiraan tersebut, denyutan jantung adalah 189, dan kadar denyutan adalah 80.
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, kita perlu tahu terlebih dahulu mencapai peratusan kadar denyutan jantung maksimum tertentu. Jika tercapai, barulah kita boleh menurunkan berat dengan betul menerusi senaman kardio.
Kadar denyutan jantung
Sumber Foto: Khairul Hafidz Alkhair
Menerusi carta di atas menujukkan beberapa peringkat kadar denyutan jantung maksimum yang perlu dicapai.
- Untuk maintanance: 50-60% daripada kadar denyutan jantung maksimum.
- Untuk turunkan berat/bakar lemak: 60-70% daripada kadar denyutan jantung maksimum.
- Untuk endurance (aerobic) : 70-80% daripada kadar denyutan jantung maksimum.
Jadi, di sini barulah kita tahu, untuk turunkan berat badan atau bakar lemak, sebenarnya sewaktu kita berjogging contohnya, kadar denyutan jantung kita perlu berada dalam lingkungan 60-70% daripada kadar denyutan jantung maksimum.
Cara kiraan denyutan
Sebagai contoh, kadar denyutan jantung maksimum adalah 189.Untuk 60%: 113 , untuk 70% : 132. Seseorang itu perlu mencapai denyutan jantung antara 115-130 denyut per minit, barulah senaman kardio yang telah dilakukan membantu dalam proses pembakaran lemak.
Maksudnya di sini, 60 peratus daripada 189 denyutan kadar jantung akan mendapat 113 kadar denyutan diperlukan bagi proses menurunkan berat badan. Ia bergantung kembali sama ada untuk proses maintance, menurunkan berat badan atau aerobic. Jika anda ingin memfokuskan untuk menurun berat badan 60-70% diperlukan daripada kadar denyutan jantung maksimum anda.
Jika kita tidak faham akan pengiraan denyutan ini yang menyebabkan exercise anda menjadi sia-sia dan tidak mencapai target yang diingini.
Semoga kali ini anda berjaya kurus dengan cara yang betul.
Sumber: Khairul Hafidz Alkhair