Pelakon Johan As’ari menafikan dakwaan membuat ‘live’ di aplikasi TikTok demi wang semata.
Artikel Berkaitan: Nama Digugurkan Ke Malam Gala, Johan As’ari Rasa Tidak Profesional
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dua Kali Johan As’ari Lupa I Perempuan’ – Afifah Nasir
Aktif buat ‘live’
Menjawab dakwaan ‘mengemis’ melalui aplikasi TikTok, Johan percaya sesuatu yang dibuat oleh pempengaruh pasti ada bayarannya.
Menurut Johan, aktiviti ‘live’ ini hanya sekadar mengisi masa lapang.
Sebenanrya pempengaruh ini industri gig.
Kalau tak buat live, tak dapat lah pendapatan.
Kalau ada rezeki, itu maksudnya Allah yang gerakkan.
Saya sebagai pempengaruh tak pernah buat live semata untuk duit.
Pada saya, live untuk mengisi masa lapang saja.
Kerja hakiki saya tetap seorang pelakon.
Dalam pada itu, Johan akui ‘gift’ yang diterima semasa ‘live’ sedikit sebanyak membantunya.
Johan berkata demikian ketika ditemui OhBulan!, di Sri Pentas, Bandar Utama pada Khamis.