Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim telah dimumkan menang kes saman tuntutan bernilai RM1 Juta ke atas Juara Film Production Sdn. Bhd. dan pengarah, Mohd Javed Mohd Nizar.
Keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam ini merupakan susulan kes pada tahun 2010 dimana Javed telah membaling gelas kaca ke arah Johan ketika mereka sedang berbincang di sebuah restoran di Seremban.
Kecederaan yang dialami oleh Johan akibat dibaling gelas kaca oleh Javed
Akibat daripada kejadian itu, Johan telah mengalami kecederaan di dahi dan dia telah mengambil tindakan untuk menuntut ganti rugi sebanyak RM1 Juta.
Selain itu, mahkamah turut memerintahkan Javed untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan email yang diedarkan kepada pihak media dan beberapa persatuan mengenai kejadian ini.
Sumber : Berita Harian