berita

Johor Perlu Bangkit Kembali Menguasai Kerajaan-Bangkit 15 Akan Disambung Semula Selepas Aidilfitri

April 12th, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Program Bangkit 15 yang merupakan persediaan dan latihan jentera UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan dihentikan seketika Ramadan ini dan akan disambung semula selepas Aidilfitri.

Destinasi terakhir sebelum program ini direhatkan merupakan di Johor Bahru! Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Johor adalah negeri kelapan dan terakhir program itu diadakan sebelum Ramadan bermula minggu depan.

Kemana program ini akan diadakan selepas Aidilfitri?

Sabah, Kelantan, Pulau Pinang & Terengganu selepas sambutan Aidilfitri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga merupakan Pengerusi Biro Latihan dan Perkaderan UMNO berkata, program Bangkit 15 akan diteruskan semula di Sabah, Kelantan, Pulau Pinang serta Terengganu selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Kalau korang nak tahu, program Bangkit 15 ini sudah bermula sejak daripada 12 Mac lalu lagi.

Ia bermula di dua negeri iaitu Kedah dan Perlis, di ikuti oleh Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pahang dan hari ini Negeri Sembilan, Melaka dan di Johor.

“Pernilaian persediaan kita untuk menghadapi PRU-15 akan dibuat selepas program ini”

Dalam sidang media selepas merasmikan program Bangkit 15 di Johor kelmarin, beliau juga berkata bahawa buat masa ini, persediaan dan latihan banyak membabitkan aspek seperti persediaan sebelum pilihan raya, waktu pengundian dan selepas pilihan raya.

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Program Bangkit 15 adalah wadah latihan UMNO berkonsep ‘train the trainers’

Konsep ‘train the trainers’ merupakan konsep dimana kepimpinan akan turun ke bahagian masing-masing untuk melatih ahli di peringkat cawangan sebagai kesiapsiagaan dan persediaan jentera parti itu menghadapi pilihan raya.

Antara latihan yang dilakukan Bangkit 15 ini adalah membabitkan setiap aspek pilihan raya termasuk sebelum, semasa dan selepas, bagi memastikan jentera UMNO berada pada tahap paling optimum setiap masa.

Johor perlu bangkit dan memenangi lebih banyak kerusi!

Sementara itu, Ismail yang juga Menteri Kanan Keselamatan berkata, UMNO Johor perlu bangkit dan memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Katanya,sebagai negeri tempat kelahiran parti keramat itu, UMNO Johor perlu bangkit kembali bagi menguasai kerajaan.

“Johor memang daripada dulu menjadi benteng kepada kekuatan UMNO dan seperti yang kita tahu UMNO ditubuhkan di Johor, jadi UMNO Johor perlu bangkit kembali menguasai kerajaan” menurut beliau.

“Walupun sekarang memang UMNO menjadi kerajaan di Johor, namun kali ini (PRU-15) kita percaya UMNO akan menang lebih besar di Johor,” katanya.

 

SKIP THIS AD ×