Terkenal dengan budaya yang unik, negara matahari terbit Jepun, merupakan antara negara yang sangat menitikberatkan soal kematian, sehingga negara tersebut mengadakan majlis khas bagi memperingati kematian. Unik kan?
Menerusi India Today, festival yang dikenali sebagai Shukatsu, merupakan satu upacara yang diadakan bagi mereka yang hidup supaya bersiap sedia untuk menghadapi alam kematian. Golongan yang berusia 30 tahun digalakkan menyertai festival tersebut.
Merasai keadaan mati
Festival yang diadakan setiap tahun pada tanggal 16 Disember itu, membolehkan mereka yang hidup, merasai bagaimana keadaan sekiranya mereka mati kelak. Mereka akan diletakkan dalam sebuah keranda dan diadakan sesi fotografi supaya gambar mereka boleh digunakan sebagai foto terakhir ketika sudah tiada nanti.
Pemakaman drive thru
Memakai kimono dan membeli aksesori kematian merupakan salah satu proses pengurusan kematian. Selain itu, servis pemakaman drive thru juga turut disediakan bagi proses penghantaran mayat ke tempat untuk ditanam. Bagi pengunjung yang sibuk, mereka boleh memberikan penghormatan terakhir hanya daripada dalam kereta.
Koleksi foto festival
Dengan adanya festival ini, negara tersebut mengharapkan masyarakatnya lebih memahami hal-hal berkaitan kematian dan bersedia untuk menemui ajal mereka.
Sumber: India Today