Semalam, kita dikejutkan dengan pemergian ahli kumpulan One Nation Emceed iaitu Nur Hasan Balas atau lebih dikenali sebagai Jojo.
Artikel Berkaitan: Jojo One Nation Emcees Meninggal Dunia, Rebah Di Masjid Ketika Perjumpaan Kumpulan Tabligh
Pemergian yang dicemburui
Terbaharu, tular satu nukilan mengenai pemergian Jojo yang dibuat oleh seorang pengguna di Facebook.
Menerusi hantaran dikongsikan pengguna dikenali sebagai Aiman Hakim, pemergian Jojo boleh disifatkan sebagai satu kematian yang sangat dicemburui kerana penyanyi tersebut meninggal dunia dalam keadaan dirinya sedang beribadah kepada Allah SWT.
Menurut Aiman, kematian Jojo itu juga menunjukkan bukti bahawa kehidupan dinilai berdasarkan kepada pengakhiran seseorang itu.
Bagaimana Allah nak angkat darjat hamba-Nya, dari tak pandai berwuduk , tak pandai belajar solat, dari tak pandai belajar baca al-Quran.
Meninggal dunia dalam masjid, lebih kurang 8,000 ke 10,000 hadirin yang terdiri daripada ulama dan pendakwah dari seluruh Malaysia.
Meninggal dunia pula dalam keadaan berdoa dan menangis kepada Allah SWT, hidayah milik Allah.
Masa doa tadi, orang sebelah dia bagi tahu dia memang sungguh-sungguh menangis sebelum rebah sebut, ‘Allah, Allah, Allah’ dan terus meninggal.
Allah menilai akhir kehidupan kita , bukan dimana kita bermula.
Semoga jadi pedoman umat Islam
Di akhir perkongsian, Aiman berharap agar pemergian Jojo ini menjadi asbab kepada umat Islam untuk berubah ke arah kebaikan.
Seorang manusia yang istiqamah solat dhuha 12 rakaat, tahajjud tak pernah tinggal dan baca al-Quran setiap hari.
Dia pernah cerita dengan kawan dia yang dia amal selawat sebanyak 10,000 sehari.
Al- fatihah buat Nur Hasan Balas, semoga (pemergian) menjadi asbab hidayah seluruh alam.
Ya Allah, tutuplah kehidupan kami dengan husnul khotimah.
Terdahulu, Allahyarham Jojo yang berusia 50 tahun meninggal dunia selepas selesai bacaan doa ta’alim di Masjid Sri Petaling pada Ahad.
Sumber: Facebook