berita

Jom Amalkan Pengambilan Madu Untuk Menghidratkan Semula Badan Setelah Berpuasa

April 13th, 2021 | by Sya Alkaf
Kesihatan & Hidup Aktif

Kredit foto: shutterstock

Ramai sedia maklum akan khasiat madu yang mana merupakan salah satu daripada makanan sunnah.

Namun, apa yang membimbangkan bila berlakunya lambakan produk berasaskan madu di pasaran yang tinggi dengan kandungan gula, sekaligus membahayakan kesihatan pengguna.

Jadi suka untuk kami ingatkan bahawa penting untuk korang pilih betul-betul akan produk madu untuk dibeli. Pastikan ianya daripada jenama madu yang dipercayai demi kesihatan badan yang baik!

CED Tawar Madu Berkualiti Dengan Harga Berpatutan!

Kadang-kadang bila tengok harga madu berkualiti di pasaran boleh sakit jantung dibuatnya kan? Mahal betul macam tak masuk akal!

Tapi, korang semua dah boleh tarik nafas lega sebab CED jenama madu nombor satu di Malaysia kini menawarkan rangkaian produk madu berkualiti dengan harga mampu milik.

Madu CED boleh didapatkan dengan harga berpatutan, memang berbaloi untuk madu yang berkualiti tinggi. Ia didatangkan dengan dua pilihan iaitu Pure Honey dan juga Blossom Longan Honey.

Korang boleh rasakan sendiri tau perbezaan rasa diantara madu CED dan madu lain di pasaran yang mengandungi gula. Madu CED ini dijamin tak ada bahan-bahan tak sihat dan rasanya pun lebih enak!

Masukkan madu dalam masakan dan minuman untuk kesihatan badan yang baik!

Bulan puasa ini, apa kata kita mula mengamalkan pengambilan madu secara konsisten untuk menghidratkan semula badan setelah seharian berpuasa. Madu mengandungi vitamin, mineral semula jadi, dan protein yang berfungsi untuk membekalkan sumber tenaga kepada tubuh dan memastikan badan korang kekal terhidrat sepanjang hari walaupun berpuasa.

Penting untuk korang pastikan badan kekal hidrat dengan baik bagi mengelakkan kesan sampingan seperti sakit kepala, mulut serta bibir kering, pening dan lemah badan yang mana mungkin boleh menganggu kemampuan korang untuk berpuasa.

Cara pengambilan madu CED bergantung kepada individu sama ada diambil begitu sahaja atau boleh juga dicampur ke dalam air masak dan terus diminum. Tapi lebih sedap lagi kalau korang letakkan perahan lemon bersama ais, barulah segar sikit tekak korang yang kering setelah berpuasa tu!

Madu juga boleh digunakan dalam masakan tau, lepas ini mesti hidangan berbuka korang lebih enak! Antara menu yang korang boleh cuba adalah kepak ayam madu, Nasi Ayam Hainan bersama Ayam Madu dan juga sotong madu.

Bagi memudahkan pembeli, Madu CED boleh didapati secara online ataupun mana-mana pasaraya berdekatan dengan korang.

Selamat mencuba semua!

SKIP THIS AD ×