berita

Jom Beli Dulu Bayar Kemudian Di PAYLATER. Siap Boleh Menang Baju Raya & Langsir !

April 9th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Verst

Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada tahun lepas, ramai yang terkesan teruk dengan kehilangan kerja dan terjejas punca pendapatan. Sampai ada yang kena korek simpanan dan tabung kecemasan.

Tambah-tambah bila dah nak dekat raya ni, memang pening kepala ibu bapa nak beli baju baru buat anak-anak dan kelengkapan Hari Raya.

Haa..jangan risau, nak tak kalau kami kongsikan satu aplikasi dimana korang boleh beli barang dahulu tetapi bayar kemudian tanpa sebarang faedah dikenakan! Wow!

Beli dulu, bayar kemudian dengan PAYLATER!

Kalau korang nak tahu, PAYLATER adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan di Malaysia dalam menyediakan kemudahan pembiayaan yang lebih fleksibel menerusi pelan ansuran atau “ZERO-FEE instalments plan”.

Yang lagi best, dengan menggunakan PAYLATER ni, korang boleh shopping dengan 4 bulan ansuran tanpa faedah tambahan!

Selain itu, PAYLATER juga mempunyai lebih daripada 100 jenama yang merupakan rakan utama PAYLATER yang terdiri daripada pelbagai pilihan seperti telefon pintar, pakaian, hijab, bag berjenama dan banyak lagi. Bestnya!

Senang cerita, kalau korang nak beli sesuatu tapi belum cukup duit, korang guna je PAYLATER. Mudah kan?

Nak tahu apa yang menarik tentang PAYLATER ni?

Selain membolehkan pembayaran secara ansuran, PAYLATER juga dapat membantu korang menguruskan kewangan dengan berkesan serta mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik yang sangat mesra pengguna seperti:

  1. Tanpa faedah
  2. Terbukti telus
  3. Tetapan bayaran balik menggunakan kad debit, kad kredit atau ‘Direct Debit’
  4. Bayar semula ansuran minima dalam tempoh 4 bulan
  5. Boleh panjangkan tempoh pembayaran sedia ada
  6. Kelulusan serta merta*
  7. Memaksimumkan ganjaran membeli-belah korang

Macam mana nak daftar PAYLATER?

Mudah je, jom ikuti langkah ini:

  1. Muat turun aplikasi mudah alih PAYLATER di App Store, Play Store atau Huawei AppGallery
  2. Daftar akaun
  3. Tunggu proses akaun verifikasi dalam tempoh hanya 3 minit*
  4. Mula shopping!

Nak lagi senang, korang scan je QR Code kat bawah ni:

Jakel, jenama terbaru di PAYLATER!

Sempena Hari Raya yang akan datang ni, PAYLATER ingin mengumumkan Jakel sebagai salah satu jenama yang baru sahaja menyertai keluarga PAYLATER!

Promosi Hari Raya #PAYLATERaya21!

Bermula 10 April hingga 9 Mei 2021, kempen #PAYLATERaya21 ingin menghadiahkan baju raya buat korang seisi keluarga dan hiasan dalam rumah seperti langsir melalui peraduan beli dan menang!

Selain itu, korang juga berpeluang memenangi koleksi hijab untuk 1 tahun dengan menyertai peraduan foto Cik PAYLATER. Untuk menyertai, korang hanya perlu memuatnaik gambar pembelian cara korang menggayakan hijab korang sahaja. Mudah kan?

Yang lagi best, korang juga berpeluang untuk nikmati promosi ansuran 12 bulan tanpa sebarang caj tambahan apabila berbelanja untuk keperluan raya seperti pakaian, langsir, permaidani dan macam-macam lagi melalui kempen #PAYLATERaya21!*

Tunggu apa lagi, jom muat turun PAYLATER hari ini juga!

Dah lah mudah, cepat dan PERCUMA pulak tu! Yang paling penting, tanpa faedah dan tak payah habiskan masa tunggu kelulusan lama-lama.

Jomlah berbelanja lebih bijak dengan PAYLATER!

Kalau korang masih tak berapa faham dan nak tahu lebih lanjut tentang PAYLATER, jangan lupa nantikan live stream PAYLATER mulai 9 April 2021 pada setiap Jumaat untuk promosi hebat dan hadiah misteri! Ikuti Facebook PAYLATER Malaysia untuk maklumat lanjut!

Laman web: www.paylater.com

Facebook: PAYLATER Malaysia

*Tertakluk terma dan syarat

SKIP THIS AD ×