Rasa lega bila kita dah dibenarkan untuk melakukan pergerakan tanpa sebarang sekatan kecuali di kawasan yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Maklumlah, tinggal di rumah terlalu lama boleh buat kita jadi “pishang” dan tak tahu nak buat apa.
Walaupun hanya melancong dalam negara, sekurang-kurangnya kita dapat sokong industri pelancongan tempatan. Tambahan pula, negara kita ada banyak destinasi pelancongan yang best tau.
Selaras dengan itu, Firefly kini bergerak selangkah kehadapan dengan menawarkan penerbangan harian tambang murah daripada Pulau Pinang ke Kota Kinabalu (KK), Kuching dan Johor Bahru (JB) dengan menggunakan pesawat baru mereka, Boieng 737-800.
Kenapa 3 destinasi ini yang jadi pilihan?
Seperti yang korang sedia maklum, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching dan Johor Bharu ada banyak lokasi tarikan yang menjanjikan pengalaman percutian mesra keluarga. Tapi dalam masa yang sama, ianya juga sesuai buat korang yang gemarkan aktiviti lasak.
Berikut antara kawasan tarikan pelancongan yang korang boleh singgah bila bercuti ke destinasi berikut:
1. Escape Park, Pulau Pinang
Sesuai buat korang yang gemarkan aktiviti lasak, Escape Park menawarkan pelbagai aktivit lasak seperti aerobat, banana flip, coco climb, gecko tower, family twister dan banyak lagi. Paling best, Escape Park ada gelongsor terpanjang di dunia tau. Tak rugi kalau korang cuba!
2. Straits Quay, Pulau Pinang
Bagi korang yang nak cantikkan feed Instagram, sini tempat wajib singgah untuk sesi fotografi. Kawasannya tampak mewah dan sangat cantik kalau nak buat pre-wedding photoshoot.
Kalau korang nak tahu, Straits Quay adalah pusat perniagaan pertama yang dibina berhadapan dengan laut di Pulau Pinang. So, tak hairanlah jika ianya jadi spot wajib untuk pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung.
3. Pasar Filipina, Kota Kinabalu
Mesti ramai dalam kalangan korang yang pernah dengar tentang Pasar Filipina kan? Tempat ni memang famous dalam kalangan penggemar makanan laut. Cakap je korang nak makan apa, daripada pelbagai jenis ikan hinggalah ke makanan laut premium seperti lobster, tiram dan King Crab, semuanya ada.
Selain itu, Pasar Filipina juga ada menjual banyak barangan cenderahati berupa gelang tangan mutiara, hasil kerja tangan masyarakat Sabah seperti bakul, tikar dan jajan seperti amplang pun banyak di sini.
4. Tuaran Crocodile Farm, Kota Kinabalu
Ini merupakan salah satu ladang buaya di Malaysia yang korang boleh bawa keluarga singgah jika datang ke Kota Kinabalu, Sabah. Di sini buaya yang diternak terdiri daripada pelbagai spesies dan jumlahnya lebih banyak. Puas hati dapat tengok secara dekat terutamanya bila waktu makan buaya.
Korang juga tak perlu bimbang aspek keselamatan kerana ia sangat dititikberatkan dan selamat untuk dikunjungi oleh keluarga bersama anak kecil.
5. Permata Pugu Camping Site, Kuching
Tempat ni mungkin tidak terkenal seperti kawasan peranginan lain tetapi pemandangan di Permata Pungu Camping Site ni serius letup. Bangun pagi je korang boleh tengok matahari terbit dengan jelas ye. Kawasan ini terletak di Pantai Pandan, Lundu. Sesuai sangat kalau nak bawa keluarga korang beriadah di sini.
Paling penting, harga penginapan di sini sangat berpatutan. Kos sewaan tapak khemah cuma RM15 sehari. Manakala, penginapan yang disediakan pula dicaj mengikut saiz khemah.
6. LEGOLAND, Johor
Inilah taman tema pertama di Malaysia yang dibina berasaskan lego. Best kalau ada anak kecil, korang bawa datang ke sini sebab ada banyak permainan yang anak boleh main di sini. Penginapan di sini juga selesa dan makanannya sedap-sedap belaka, berbaloi dengan harga!
Itulah antara destinasi-destinasi percutian menarik untuk korang kunjungi. Sebenarnya, ada banyak lagi tapi kalau nak cerita semuanya sampai esok, lusa pun tak habis-habis.
Harapnya korang tak confuse dan pelik mengapa Firefly memilih destinasi Kota Kinabalu, Kuching dan Johor Bharu sebagai destinasi pelancongan untuk penerbangan tambang murah dari Lapangan Terbang, Pulau Pinang.
Untuk pengetahuan korang, Firefly sediakan 2 penerbangan daripada Pulau Pinang ke Kota Kinabalu dan Kuching serta 3 penerbangan dari Pulau Pinang ke Johor Bahru setiap hari. So, sangat convenience untuk korang terutamanya yang datang untuk urusan kerja mahupun bercuti.
Ada banyak mata ganjaran..
Ops.. sebelum terlupa, walaupun penerbangan yang Firefly tawarkan adalah penerbangan tambang murah, namun layanan mereka tetap tip-top.
Nak layanan yang lebih WOW lagi, korang boleh terbang menggunakan set perkhidmatan FlyPremier dan FlyInfinite. melalui pakej ini, korang akan menerima pelbagai kemudahan termasuklah reschedule semula tarikh atau masa penerbangan korang sehingga dua jam sebelum waktu perlepasan.
Selain itu, pakej ni include sekali dengan makanan dan korang boleh check in bagasi 20 kg bagi FlyPremier dan 35 Kg bagi FlyInfinite secara percuma. Best kan?
Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan yang korang boleh nikmati. Nak tahu maklumat yang lebih lanjut mengenai promosi ini? Korang boleh klik di sini.