berita

Jom Berkongsi Kekuatan & Inspirasikan Kebaikan Di Bulan Ramadan Ini Dengan Dutch Lady!

March 22nd, 2023 | by Nurul
Kini Trending


Pejam celik, pejam celik kita dah pun menghampiri bulan Ramadan dan bulan mulia ini semestinya sudah sinonim sebagai bulan untuk umat Islam melakukan lebih banyak ibadah dan kebaikan. Di sebalik menahan lapar dan dahaga, bulan Ramadan juga mengajar kita untuk jadi lebih bersyukur dan prihatin kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Ini kerana sedikit kebaikan yang kita kongsikan akan menjadi inspirasi kepada umat Islam lain untuk turut melakukan kebaikan. Namun, untuk melakukan kebaikan kita memerlukan kekuatan dan sumber tenaga tambah-tambah ketika berpuasa dan kekuatan ini boleh diambil ketika bersahur dan berbuka.

Dengan berkongsi susu Dutch Lady kepada orang di sekeliling kita untuk sahur atau  berbuka, ia bukan sahaja membantu memberikan tenaga untuk mereka berpuasa  sepanjang hari malahan secara tidak langsung menjadi satu amalan kebaikan buat kita. 

Dapatkan kekuatan dan kebaikan daripada susu

Seperti yang kita tahu, susu adalah minuman sunnah dan umat Islam digalakkan untuk mengamalkannya, terutamanya pada bulan Ramadan. Nutrisi dan tenaga yang dibekalkan oleh susu Dutch Lady sangat membantu kita untuk kekal kuat dari segi fizikal semasa berpuasa dan menyiapkan mental kita untuk berbuat baik.

Susu Dutch Lady bukan sahaja membekalkan tenaga yang diperlukan, malah nutrisi dan rasanya yang lazat dengan ekstrak sebenar kurma dan pisang membuatkan ia digemari ramai.

Atasi cabaran Ramadan dengan kekuatan dan kebaikan

Berpuasa di bulan Ramadan sememangnya mencabar dan setiap daripada kita pasti mempunyai cabaran yang tersendiri. Ada yang berpuasa sambil bekerja di bawah terik matahari, ada yang berpuasa dalam perjalanan yang jauh dan pelbagai situasi lagi.

Atas sebab itulah, Dutch Lady ingin mengingatkan umat Islam tentang kepentingan ‘BERKONGSI KEKUATAN, MENGINSPIRASI KEBAIKAN’, di mana dengan berkongsi susu Dutch Lady dengan orang di sekeliling kita, lebih ramai yang akan mendapat manfaat kekuatan fizikal dan juga inspirasi untuk saling berkongsi kebaikan sesama kita.

Dutch Lady juga percaya, apabila lebih banyak kebaikan yang dikongsi, tiada cabaran yang tak mampu kita atasi di bulan Ramadan ni.

Jom kongsikan kekuatan dan kebaikan melalui makanan!

Berkongsi ni tak semestinya perlu dilakukan dengan wang ringgit, tak kisahlah apa yang kita kongsi, yang paling penting adalah keikhlasan. Malah, kebaikan boleh datang dalam pelbagai bentuk, contohnya, berkongsi resepi masakan, bertukar juadah dan banyak lagi yang boleh kita lakukan dalam bulan Ramadan.

Kerana itulah, Dutch Lady ingin mengambil peluang ini untuk ‘berkongsi kekuatan, menginspirasi kebaikan’ dalam bentuk perkongsian resepi istimewa Ramadan selain menggalakkan pemilihan pemakanan yang sihat melalui produk Dutch Lady.

Haa..kalau korang nak tahu, Dutch Lady juga akan bawakan perkongsian resipi istimewa sahur, berbuka dan supper ciptaan influencer-influencer terkenal, di mana semua resipi ini adalah hasil kreativiti mereka dengan menggabungkan produk Dutch Lady. Jadi, sama-sama kita nantikan, okay!

Yang paling penting, kesemua resipi ni mengandungi kebaikan nutrisi untuk sumber tenaga bagi menjalankan ibadah puasa dan sebagai aspirasi pemakanan sihat yang boleh dikongsi kepada orang di sekeliling kita.

Dutch Lady percaya, kebaikan akan hadir dalam pelbagai cara, yang penting kita bersama-sama berkongsi  kekuatan untuk melahirkan inspirasi kebaikan. Manakala kekuatan yang dikongsi adalah kekuatan besar yang mampu memberi pelbagai inspirasi  hebat untuk lebih banyak kebaikan di bulan Ramadan.

Jangan lupa layari Buku Resipi Ramadan Dutch Lady sebagai inspirasi untuk menu masakan sempena Ramadan ini. Salam Ramadan daripada Dutch Lady!

SKIP THIS AD ×