Baru-baru ini, kecoh menjadi bualan warganet di media sosial selepas tularnya video ‘debat’ panas melibatkan pelakon, Iqram Dinzly bersama seorang pempengaruh YouTube Singapura dikenali sebagai Dyn Norahim ketika menjadi jemputan untuk sesi podcast bersama beberapa orang yang lain.
Menerusi potongan video yang tular itu, Iqram memberikan pandangan bahawa maksud ‘zina’ bagi dirinya ialah perhiasan namun, terpulang kepada orang lain yang sekiranya mahu bersetuju dengan tanggapannya itu ataupun tidak.
Artikel Berkaitan: ‘Yang Gila Itu Prince Chiki Dinzly’ – Iqram Dizly Ada Enam Karakter Berbeza, Sudah Jumpa Pakar Kesihatan Mental
Artikel Berkaitan: ‘Pindah La Ke Australia Untuk Hidup Bebas Bersama’ – Iqram Dinzly
Anggap Allah bagi ilham
Namun begitu, apa yang membuatkan sesi podcast itu begitu ‘hangat’ dan ‘panas’ ialah apabila pelakon filem Evolusi KL Drift itu mendedahkan bahawa dirinya pernah membuat tajuk ‘Jom Berzina di Masjid’ untuk salah satu kontennya di media sosial.
Seakan terkejut dengan pendedahan itu, YouTuber berkenaan tampil mempertikaikan Iqram sebelum Iqram mempertahankan dirinya dengan menganggap apa yang dilakukannya itu merupakan ilham daripada Allah SWT.
Dah Allah kata Kun Faya Kun, masalah?
Tambah Iqram lagi, tajuk yang dibuatnya itu adalah bertujuan untuk membuka minda netizen dengan mendakwa mereka yang bijak akan mencari maksud sebenar tajuknya itu dan sekiranya mereka yang orang kurang bijak akan terus menghentam.
View this post on Instagram
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat kenyataan Iqram itu menunjukkan diri pelakon berkenaan sudah tersasar jauh daripada landasan yang sebenar.
Sumber: Instagram