Sering tampil dengan kelakuan aneh di media sosial membuatkan ada netizen yang mendakwa pelakon Iqram Dinzly sudah tidak siuman.
Artikel Berkaitan: Cetus Kontroversi Lagi! Iqram Dinzly Pakai ‘Lingerie’ Seksi, Buka Selawat Sebagai Muzik Latar
Artikel Berkaitan: ‘Itu Bukan Saya, Dia Adalah Princess Iqy Dinzly’ – Iqram Dinzly
Iqram tak gila
Menepis dakwaan itu, Iqram, 40, berkata dia masih waras dan karakter tidak senonoh yang sering ditayang sebelum ini adalah Prince Chiki Dinzly iaitu karakter keduanya.
Yang gila itu Prince Chiki Dinzly, bukan Iqram Dinzly. Prince Chiki Dinzly adalah antara karakter yang saya tampilkan dalam media sosial bagi mewakili netizen.
Karakter saya tidak kisahlan sebagai Iqram Dinzly atau Prince Chiki Dinzly, masing-masing membuatkan saya semakin mengenali diri sendiri.
Iqram berkata demikian ketika sidang media drama ‘Cinta Hilang Kata’ yang diadakan di Panggung Asia, 4, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tak ada penyakit
Tambah pemilik nama Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, dia juga mempunyai lima lagi perwatakan yang belum ditunjukkan kepada khalayak ramai.
Sebenarnya saya ada lagi lima karakter yang belum lagi saya keluarkan. Karakter Prince Chiki Dinzly diwujudkan sebagai mewakili watak netizen yang selalu berasa berkuasa dalam media sosial.
Saya marah bila orang kata Iqram Dinzly gila sedangkan sudah banyak kali Prince Chiki Dinzly cakap bahawa Iqram Dinzly sudah ‘mati’.
Bila netizen, tabloid atau berita laporkan bahawa individu dalam ‘Live’ itu Iqram Dinzly, saya jadi marah. Sebab Iqram Dinzly dan Prince Chiki Dinzly adalah dua individu berbeza.
Dalam pada itu, pelakon drama Janji Diana menyatakan dia sudah bertemu tiga orang pakar perubatan untuk melakukan ujian kesihatan mental.
Saya pernah jumpa tiga orang profesor pakar kesihatan mental. Tapi mereka sebenarnya yang mental. Profesor itu sendiri mengaku ada masalah dan keresahan. Sedangkan saya tidak didiagnos mempunyai sebarang penyakit.