Selain digunakan dalam pencuci mulut, biskut OREO juga sangat popular sebagai perisa dalam minuman. Boleh dikatakan majoriti sukakan minuman OREO. Kalau dapat minuman OREO memang gembira tak terkata lah!
Haa.. Korang mesti tengah craving minuman OREO kan. Memang sedap kalau dapat minuman OREO bila tengah haus. Haa.. Apa kata korang singgah McCafe nanti sebab…
McCafe keluarkan minuman OREO yang sedap sempena akhir tahun 2020!
Buat peminat OREO, kami ada berita istimewa untuk korang. Sempena akhir tahun 2020, McCafe akan keluarkan minuman OREO yang sedap dan menyegarkan bermula 3 hingga 30 Disember 2020. Minuman OREO di McCafe kali ni lebih hebat sebab ada minuman OREO terbaru tau!
Nikmati Iced Blended Mocha with OREO di McCafe
Kalau korang nak tahu, McCafe ada minuman OREO terbaru iaitu Ice Blended Mocha with OREO. Korang yang sukakan Mocha pasti akan jatuh cinta dengan minuman OREO terbaru McCafe ni. Bagi penggemar kafein, Ice Blended Mocha with OREO memang pilihan terbaik untuk korang mencubanya!
Ice Blended Mocha with OREO ditampilkan dengan adunan ais Mocha yang sangat enak dan diisi pula dengan krim putar yang gebu. Taburan serbuk OREO yang rangup di atasnya mampu membuat ramai terliur. Jangan lupa ajak member sekali tau!
Minuman OREO yang pernah muncul di McCafe tahun lepas pun ada
Ingat lagi tak McCafe ada keluarkan minuman OREO jugak pada tahun lepas iaitu Iced Chocolate with OREO dan Iced Blended Chocolate with OREO. Semua yang pernah cuba mesti akan cakap minuman ni sedap. Rugi kalau korang tak sempat cuba.
Nah, berita gembira untuk korang yang tak sempat mencubanya. Seiring dengan minuman OREO terbaru, McCafe akan tampilkan Iced Chocolate with OREO dan Iced Blended Chocolate with OREO sekali lagi tahun ni.
Bagi peminat OREO dan coklat, korang kena cuba Iced Chocolate with OREO di McCafe. Air coklat sejuk yang manis dan cukup memuaskan ini dilengkapi dengan krim putar yang lembut. Ditambah pula dengan serbuk OREO yang begitu rangup, minuman ni nampak sangat menyegarkan.
Iced Blended Chocolate with OREO di McCafe tak kurang hebatnya. Kesedapan coklat asli di dalamnya dibuat dengan lebih bercoklat. Digandingkan pulak dengan serbuk OREO yang rangup. Uih, sedapnya. Takkan korang tak nak cuba kot minuman OREO di McCafe yang lazat ni?
Tawaran terhad, jangan lepaskan peluang untuk mencuba!
Kami nak ingatkan lagi yang minuman OREO di McCafe hanya ditawarkan bermula 3 hingga 30 Disember 2020. Waktu terhad, jadi korang tak boleh lepaskan peluang ni untuk mencuba minuman OREO yang sedap di McCafe.
Promosi kombo yang istimewa buat pengguna McD app!
Buat pengguna setia McD app, dengar sini! Korang boleh menikmati promosi kombo istimewa dua minuman OREO di McCafe iaitu dua Iced Blended Mocha with OREO (Large) ataupun dua Iced Blended Chocolate with OREO (Large) dengan harga RM20 je. Boleh la share dengan orang tersayang nanti!
Promosi kombo istimewa minuman OREO dengan kek sedap di McCafe ni pun boleh tahan menarik. Pengguna McD app boleh pilih Iced Chocolate with OREO (Medium) untuk digandingkan dengan kek Belgium Chocolate atau Red Velvet. Harga promosi cuma RM18. Peminat kek mesti suka ni.
Take note! Promosi kombo istimewa ini hanya boleh didapati melalui McD app bermula 3 hingga 30 Disember 2020. Kalau belum muat turun McD app, cepat muat turun sekarang okay?
Kongsikan pengalaman korang mencuba minuman OREO di McCafe dengan keluarga dan kawan-kawan. Mereka pasti nak cuba jugak minuman ni. Cuba sekali, pasti craving lagi.
Untuk makluman, korang boleh order minuman OREO ini melalui McDelivery, Drive-Thru atau Takeaway. Order minuman OREO kegemaran korang dengan McDelivery di: https://www.mcdelivery.com.my/my/
Jom nikmati minuman OREO di McCafe sekarang!
*Tertakluk pada terma dan syarat