berita

Jom Cuba Resepi Daging Dendeng, Lembut & Terlajak Sedap!

October 30th, 2020 | by Shira
MyResipi

Siapa dekat sini peminat daging dendeng? Kalau korang nak tahu, dendeng ini adalah daging yang dihiris nipis dan digoreng sehingga kering. Daging dendeng ini asalnya satu hidangan yang sangat popular di Indonesia sehingga telah menjadi tarikan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Jadi, kalau korang teringin nak rasa keenakan daging dendeng, jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Rusfaniza Abu Yazid di Facebook Page Masak Apa Hari Ini (MAHN).

Bahan-bahan

– Bawang besar 1 biji
– Halia 3 hiris
– Bawang putih 4 ulas
– Serai 2 batang ketuk
– Bunga lawang/kulit kayu

Cara-caranya

– First rebus daging sampai empuk, kemudian potong nipis, lepas tu tumbuk
– Gaul daging dengan kicap manis(memang kena banyak naa)
– Perap 1 jam


– Lepas tu goreng, minyak banyak goreng sikit-sikit ja daging sampai hitam gelap macam ni tau hampa.

Tunggu sampai garing

– Minyak goreng daging tadi masuk serai, bunga lawang, kulit kayu manis
– Masuk bahan-bahan blend, masak sampai garing, dah garing masukkan cili kering blend ikut pedas cili tu, masuk gula 1 sudu, garam sikit ja.

– Masak sampai pecah minyak, masukkan daging.

Kacau sampai kering, siap!

– Kacau api slow sampai kering macam ni.
– Masuk daun limau purut (ok yang ni tak mau masuk pun tak pe, kami suka bau daun limau masuk laa 4 helai.
– Tutup api.
– Siap hidang nasi panas-panas.

Sumber: Rusfaniza Abu Yazid (Masak Apa Hari Ini (MAHN))

×