Ayam goreng merupakan salah satu makanan kegemaran ramai terutamanya bagi kanak-kanak. Selain rasanya yang enak dan rangup, ayam goreng juga senang dimasak dan disediakan. Oleh itu, seorang pengguna Facebook, Najwa Bahira ada berkongsi satu resepi set ayam goreng ala-ala KFC. Jom cuba!
Resepi ayam goreng KFC
Sekadar gambar hiasan
-Ayam (saya guna seekor)
-2 cawan tepung bestari pedas
-1 cawan tepung jagung
-2 sudu tepung Beras
-Bawang putih 3 ulas (ketuk)
-Serbuk cili 2 sudu
-Garam 1 sudu kecil
Cara memasak
Sekadar gambar hiasan
1. Ayam perap letak garam dengan tepung bestari 1/4 cawan dan bawang putih. Biar ada air skit jangan buang air perap ayam tu akan keluar. Perap simpan dalam peti lagi lama lagi sedap.
2. Letak air ayam perap sikit tambah air masak sikit utntuk celup ayam. Tips celup dalam air perap ayam tadi buat ayam cantik tersalut macam KFC.
3. Satukan semua bahan-bahan, pepung + serbuk cili. Celup ayam dalam air dulu selepas itu dalam tepung bestari. Salut sebati baru ayam cantik.
4. Goreng dalam kuali minyak penuh sampai tutup ayam. Api mesti besar sikit kasi ayam masak cantik. Inshallah ayam masak elok cantik.
Resepi coleslow
Sekadar gambar hiasan
-Kobis bulat/Kobis manis (1 biji)
-Carrot (2 biji)
-Mayonis (2 senduk besar)
-Susu cair (1/4 cawan)
-Gula sesudu. Garam 3 cubit
-Perahan lemon
Cara-caranya
Sekadar gambar hiasan
-Potong kobis dan carrot halus-halus. Bentuk kiub halus.
-Campur semua bahan dalam mangkuk gaul sebati. Perah lemon simpan dalam peti sejuk. Makin lama perap lagi sebati, sedap.
Resepi kentang putar
Sekadar gambar hiasan
-Ubi kentang 7 biji
-1 ketul Kiub ayam
-1/4 cawan Susu cair
-Bawang merah besar/Holland (setengah biji)
-Tepung gandum setengah cawan
-Lada hitam dan lada sulah
-Air masak (1 cawan)
-Majerin 2 sudu
-Kicap manis sesudu
Cara-cara membuat kentang putar
Sekadar gambar hiasan
-Rebus ubi kentang letak sesudu kecil garam.
-Lenyek ubi kentang sampai hancur. Campur lada sulah, usu cair dan secubit kuib ayam.
-Tumis bawang dan lada hitam dengan majerin. Masukkan tepung dan air last kicap. Kacau sampai pekat dan tak terlalu cair. Akhir sekali tapis buang bawang dan lada hitam.
Dah siap!
Sumber: Najwa Bahira