Ramai orang bercita-cita memiliki kulit yang hidrasi dan awet muda, sehingga mereka bersedia melakukan apa saja demi mencapai penampilan wajah yang mereka idamkan.
Ada berita gembira untuk korang semua, bermula dari 27 November hingga 3 Disember di Sunway Pyramid (LG2 Central Avenue), DR.KO Dermaceutical X Spritzer Roadshow ada menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik untuk membantu korang dapatkan kulit wajah yang diidamkan.
Bersedia untuk kulit muda? Produk hebat menanti korang!
Kerjasama DR.KO Dermaceutical dan Spritzer memperkenalkan konsep baru dalam penjagaan kulit yang dikenali sebagai hidrasi aktif, yang mengurangkan kesan penuaan untuk kulit yang sentiasa awet muda.
Gabungan produk KO DERMACARE Brightening Ampoule Platinum Serum 38 dengan Air Mineral Semulajadi Kaya dengan Silika dari Spritzer merangsang pengeluaran kolagen secara intensif untuk menghidupkan semula penampilan kulit muda.
Kalau korang nak tahu, KO DERMACARE Brightening Ampoule Platinum Serum 38 ini mempunyai kandungan istimewa iaitu DNA Salmon, faktor pertumbuhan epidermis, Glutathione dan Teknologi Liposom yang menjadikan produk ini sangat hebat untuk kulit wajah korang.
Dengan daya penyerapan yang mendalam, produk ini akan berikan kesan anti-penuaan yang luar biasa, meningkatkan kelembapan kulit dan memberikan kilauan yang mempesona.
Tidak hanya itu, teknologi Liposom yang hebat ini akan meningkatkan kestabilan bahan aktif untuk penyerapan yang lebih baik pada kulit korang jugak tau. Memang takkan nampak tua lah kita beb!
Keanjalan kulit dengan silika dalam air mineral semulajadi.
Satu fakta menarik, 60% dalam tubuh manusia adalah air. Jadi, minum air yang secukupnya sebagai rutin harian korang dan dengan rutin ini kelembapan kulit korang terjaga.
Air jenis apa yang korang minum sekarang? Air putih kosong je atau air yang penuh dengan mineral semulajadi?
Selain untuk kekal hidrasi, tau tak minum air yang betul boleh memberi korang manfaat kesihatan lain terutamanya kulit wajah yang flawless?
Nak? Pilihlah air mineral semulajadi Spritzer yang diperolehi daripada akuifer yang terletak di kawasan hutan hujan tropika yang dilindungi di Taiping.
Setiap titis air tulen dari Sprizer menjalani penapisan secara semulajadi untuk memelihara mineral penting untuk penjagaan kesihatan.
Salah satu mineral penting yang semakin mendapat perhatian ramai ialah Silika. Silika adalah mineral surih yang penting dalam penghasilan kolagen.
Setiap liter Air Mineral Semulajadi Spritzer mengandungi 60mg Silika, dan ia wujud secara semulajadi tau, bukan added in ye!
Silika membantu untuk meningkatkan penghasilan kolagen, mengurangkan kedutan, memberi korang kulit yang lebih sihat awet muda. Best kan!
Dapatkan pas perjalanan korang!
Membimbing korang melalui keajaiban hidrasi aktif, roadshow kali ini akan membawa korang ke sebuah perjalanan yang menakjubkan di mana korang boleh kekal muda selamanya. Cewaah!
- Daftar dengan mengimbas kod QR untuk menerima Journey Pass.
- Ketahui jenis kulit korang dan terima cadangan yang disuaikan mengikut keperluan kulit korang.
- Teroka rangkaian KO DERMACARE yang dipercantikkan dengan bungkusan mewah berwarna emas.
- Recharge dengan Air Mineral Semulajadi Kaya Silica, rahsia untuk kulit sihat dari dalam ke luar.
- Ambil gambar dan rakam video acara tersebut, kemudian kongsi di media sosial dengan hashtag #DewItForYourSkin #DRKODermaceuticalXSpritzer.
- Tebus trial kit daripada DR.KO Dermaceutical yang bernilai RM68 dan botol 350ml Air Mineral Semulajadi Kaya Silica daripada Spritzer.
Diskaun untuk pengguna baru!
Khas untuk pengguna baru apabila korang membeli mana-mana produk DR.KO Dermaceutical, korang akan dapat 35% diskaun. Wow banyak tu!
Bukan itu sahaja, semua pengunjung juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang bernilai hampir RM15,000 dari mesin gashapon dengan pembelian produk Spritzer dan DR.KO Dermaceutical.
Hadiah dengan pembelian:
Perbelanjaan Min RM658: Tote Mini Eksklusif DR.KO Dermaceutical + Silica-rich Natural Mineral Water Spritzer 550ml + Baucar RM10 dari Spritzer dengan penghantaran percuma.
Perbelanjaan Min RM998: Tote Mini Eksklusif DR.KO Dermaceutical + RM100 Kad Hadiah Dr Ko Dermaceutical + Silica-rich Natural Mineral Water Spritzer 550ml + Baucar RM20 dari Spritzer dengan penghantaran percuma.
Jadi, apa yang korang tunggu lagi? Datanglah ke roadshow DR.KO Dermaceutical dan Spritzer untuk dapatkan penampilan kulit yang muda hari ini!
Korang boleh muat turun aplikasi DR.KO Dermaceutical di App Store atau Google Play untuk dapatkan info terkini, ganjaran ekslusif dan banyak lagi!
Untuk maklumat lanjut korang boleh layari sosial media Instagram DR.KO DERMACEUTICAL atau SPRITZER. Jom #DewItForYourSkin dengan #DRKODermaceuticalXSpritzer.