berita

Jom Ikuti Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan Secara Percuma! Ada Elaun Lagi…

September 3rd, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Korang minat nak bertani tapi tak ada basic? Tak tahu nak mula dari mana? Ha, inilah peluang korang untuk belajar selok-belok ilmu pertanian secara percuma melalui Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK). Ada banyak pilihan bidang pertanian yang korang boleh pilih sesuai dengan minat dan impian korang. Perkongsiannya ada dibawah.

Percuma! Tak ada sebarang bayaran tersembunyi!

Untuk pengetahuan korang, program PLKPK ni adalah program kemahiran dibawah seliaan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Ianya PERCUMA! Tak kena bayar apa-apa pun. Korang akan terima elaun lagi bila mengikuti program latihan kemahiran ni.

Program ni diwujudkan sebab negara kita nak hasilkan lebih ramai petani mahir terutamanya generasi muda yang bersedia untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian komersial.  Tambahan pula, teknologi pertanian sekarang dah berkembang pesat, jadi bila ada petani atau pekerja mahir yang tahu selok-belok bidang ini secara keseluruhan maka bolehlah kita tingkatkan lagi kualiti dan produktiviti sektor pertanian negara.

Fokus kepada latihan amali! Teori 30%!

Program PLPKP fokus kepada latihan amali, projek dan simulasi. Korang akan lebih banyak hands-on daripada belajar teori. Inilah kesempatan korang untuk menimba pengalaman dan ilmu daripada otai-otai bidang pertanian komersial negara sebab nanti semasa latihan amali korang akan dihantar untuk menerima latihan daripada mereka.

Berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau National Occupational Skills Standard (NOSS), persijilan PLKPK adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Lagipun, program PLKPK ni dibangunkan setelah mengambil kira permintaan semasa pasaran tenaga kerja dalam bidang pertanian. Bukan apa, ramai diantara kita tak diberikan pendedahan tentang kerjaya dalam bidang ini. Maka program ini dirangka dengan kerjasama pihak industri untuk melahirkan generasi muda yang berpengetahuan tinggi mengenai teknik penanaman, pembajaan dan banyak lagi menggunakan teknologi pertanian moden.

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3!

Program PLKPK ini Menawarkan sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan 3 serta Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4). Tempoh pengajian pula tak lama pun cuma 12 hingga 24 bulan bergantung pada tahap pengajian yang korang pilih.

Pelajar yang berada pada Tahap 3 dan 4 ada Latihan Industri. Latihan ini perlu bagi melengkapkan silibus pengajian korang. Berikut ialah syarat-syarat penyertaan program PLKPK:

1 Warganegara Malaysia

2 Berumur 18 hingga 25 tahun pada tarikh pendaftaran

3 Boleh membaca, mengira dan menulis

4 Sihat tubuh badan dan boleh melakukan aktiviti amali di lapangan

Antara kelebihan sertai program PLKPK dibawah seliaan MAFI termasuklah elaun wang saku RM200-RM300 sebulan, penginapan disediakan, makan dan minum juga ditanggung sepenuhnya oleh MAFI. Tak ke best tu? Dibawah kami kongsikan pusat latihan seliaan MAFI dan bidang pertanian yang ditawarkan.

  • Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah
    • Tanaman
    • Ternakan Ruminan
    • Akuakultur Air Tawar
    • Pemprosesan Makanan
    • Pemasaran
  • Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sitiawan, Perak
    • Akuakultur Air Tawar
    • Akuakultur Marin
    • Teknologi Perikanan Tangkapan
  • Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
    • Tanaman
  • Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor
    • Tanaman
  • Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
    • Tanaman
  • Institut Pertanian Bumbung Lima, Pulau Pinang
    • Tanaman
  • Institut Pertanian Serdang, Selangor
    • Tanaman
  • Institut Pertanian Sarawak, Kuching, Sarawak
    • Tanaman
  • Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor
    • Ternakan Ruminan
  • Institut Teknologi Unggas, Masjid Tanah, Melaka
    • Ternakan Poltri
  • Institut Latihan FAMA,Kota Bharu, Kelantan
    • Pemasaran
  • Pusat Latihan MARDI, Serdang, Selangor
    • Pemprosesan Makanan
  • MADA Rice Training Center, Alor Setar, Kedah
    • Pengeluaran Padi
  • Akademi Perikanan Malaysia, Chendering, Terengganu
    • Teknologi Perikanan Tangkapan

Ha! Banyak gila pilihan bidang pengajian yang ada dalam bidang pertanian. Kalau korang berminat nak mendaftar, Korang boleh layari www.mafi.gov.my/blkp. Di sana ada maklumat lengkap. Selamat maju jaya guys!

 

 

SKIP THIS AD ×