Produk seni dan kraf buatan anak Malaysia sememangnya suatu warisan yang wajib kita hargai dan pelihara.
Kalau bukan kita, siapa lagi nak angkat kesenian dan kraf yang melambangkan jati diri anak Malaysia, betul tak?
Sebab nak sokong dan hargai seni kraf inilah, EcoWorld menjemput korang hadir ke pusat artisan mall-nya, iaitu Malaysia Grand Bazaar yang terletak di Bukit Bintang City Centre.
Eh tapi kejap, apa tu MGB dan apa je yang ada dekat tempat ni? Ha..jom kami kongsikan!
One Stop Centre
Malaysia Grand Bazaar (MGB) adalah one stop centre yang membolehkan pengunjung untuk merasai pengalaman membeli dan menghasilkan kraftangan, menikmati makanan dan menonton persembahan kebudayaan terbaik dari masa ke semasa dari semua negeri di Malaysia.
Bertempat di Bukit Bintang, MGB bersambung secara langsung dengan pusat beli-belah bercirikan Jepun LaLaport Mitsui Shopping Park, Zepp Kuala Lumpur, dewan konsert Sony Music Entertainment Jepun dan juga Golden Screen Cinema (GSC) yang akan dibuka tak lama lagi.
Apa yang menariknya, dinding di MGB ini juga turut dihiasi dengan hasil seni seperti lukisan mercu tanda Malaysia yang dihasilkan oleh Loka Made dan lukisan hasil tangan artis terkenal, Kenji Chai.
Bukan itu je tau, tangga di MGB turut dihiasi doodle art yang dihasilkan oleh Embee Designs. Bolehlah OOTD sekali bila datang sini!
Apa yang ada dalam ruangan 100,000 kaki persegi ni?
Kalau korang datang dekat MGB ni, korang tak payah fikir apa nak buat dan nak makan mana sebab sini ada lebih dari 50 kedai yang korang boleh lawati!
Dari gedung pakaian dan aksesori seperti Mimpi Matamoon, Bhaju, Zeve Shoes dan Bejooz hingga lah ke tempat makan seperti EZ Biscuit, Dorsata Honey dan banyak lagi!
Kalau nak cari hadiah untuk keluarga atau kawan-kawan pun boleh tau! Kedai seperti Sophia Shirley, Just Mars dan Machino ada menjual barangan sesuai dijadikan hadiah seperti kasut, beg tangan dan pelbagai barang perhiasan lain.
Bukan itu sahaja, Humanity Heroes, sebuah komuniti dengan misi membantu pelarian di Malaysia juga turut berada di sini untuk mempamerkan kemahiran dan bakat mereka seperti memasak, membuat kraf, hiasan, aksesori, seni dan lain-lain produk buatan tangan. Platform ini juga adalah sebagai usaha untuk memberi mereka peluang dan ruang untuk menjana pendapatan.
Nak bergaya dengan baju kebaya tapi tak tahu mana nak cari? Royal Kebaya ada untuk membantu! Korang boleh dapatkan pelbagai kebaya dengan corak dan warna menarik disini!
Untuk korang para wanita yang sukakan aksesori seperti rantai atau clutch bag, Napel lah jawapannya! Ada pelbagai jenis design menarik yang korang boleh jumpa kat sini tau!
Yang sukakan dessert atau cookies, boleh cuba untuk datang ke Sweet Palate. Mesti rambang mata korang tengok pelbagai jenis dessert yang ada. Nak jadikan hadiah kepada yang tersayang pun boleh tau!
Bagi yang mementingkan penjagaan muka dan nak cuba sesuatu yang baharu, Esha CG Beauty and Health boleh bantu korang untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri!
Senang cerita, korang sebut je apa korang nak, confirm ada dekat MGB ni!
Hasil kraftangan sendiri
Korang yang bawa anak kecil tu, boleh lah ke Batik Kit Book Lover untuk membeli kit mencanting batik untuk anak-anak. Sambil mencanting, sambil juga ajar anak kecil kita untuk menghargai seni dan warisan tanah air.
Bukan tu je, korang juga boleh merasai pengalaman menghasilkan kraftangan buatan sendiri dan juga melihat demonstrasi pembuatan kraftangan secara live!!
Selain dari membeli-belah dan menyokong produk buatan Malaysia, para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai jenis persembahan kebudayaan dari pelbagai negeri apabila mengunjungi MGB dari masa ke semasa.
Jadi tunggu apa lagi tu guys? Jom sama sama kita #sapotlokal dengan membeli dan menghargai karya kreativiti anak Malaysia.
Kalau bukan kita, siapa lagi nak hargai dan martabatkan hasil seni anak Malaysia, betul tak?
Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman sesawang Malaysia Grand Bazaar sekarang!
#AnakAnakMalaysia #GENERASiSENSASi #MGB #EcoWorld