berita

Jom Jadi Golongan Bijak Kewangan Dengan Beyond Card, Pelbagai Manfaat Seperti Cashback & PayLater Tersedia!

April 8th, 2024 | by Nurul
Kini Trending

Korang rasa korang tergolong dalam kalangan mereka yang ‘bijak berbelanja’ ke tidak? Kalau ya, pastinya korang tahu macam mana nak dapat lebih manfaat dengan membuat pembelian bijak. Ia boleh jadi dalam bentuk menerima ganjaran cashback setiap kali berbelanja atau menggunakan kaedah pembayaran yang fleksibel untuk menguruskan kewangan korang. 

Percaya tak kalau korang sebenarnya boleh dapatkan semua ganjaran tersebut hanya dengan satu kad? 

Kitorang nak kongsikan tentang Beyond Card, kad pra-bayar global pertama di Malaysia dengan kemudahan PayLater. 

Kad yang unik ini dilancarkan oleh Boost dengan kerjasama CelcomDigi dan Mastercard. Kalau nak diikutkan, ia merupakan pilihan yang lebih selamat dan ideal untuk mereka yang mencari alternatif kepada kad kredit kerana ia menyediakan ganjaran cashback dan kemudahan PayLater yang meluas menerusi pembiayaan yang bertanggungjawab. 

Ini 3 Ciri Beyond Card Yang Perlu Korang Tahu

  1. PayLater Patuh Shariah, Diterima di Lebih 100 Juta Peniaga Mastercard Seluruh Dunia! 

Beyond Card ini merupakan kad prabayar yang korang sendiri boleh tetapkan sumber dana sama ada: 

  • Penolakan terus  dari baki eWallet di aplikasi Boost

atau 

  • Menggunakan kaedah PayLater yang dikenali sebagai Boost PayFlexTM, dimana korang boleh membuat bayaran ansuran sehingga 3 bulan (opsyen 6 bulan akan datang tidak lama lagi). 

Menerusi Boost PayFlexTM yang ditawarkan kepada pengguna Beyond Card, pengguna boleh boleh membuat pembayaran secara PayLater  patuh Shariah, sehingga ansuran 3 bulan (opsyen 6 bulan akan datang tidak lama lagi). 

Selain itu, Beyond Card ini juga merupakan salah satu pilihan pembayaran PayLater yang paling komprehensif dan juga meluas di pasaran kerana boleh digunakan di seluruh dunia di lebih 100 juta merchant Mastercard secara fizikal mahupun dalam talian. 

Ini membantu pengguna untuk menggabungkan semua perbelanjaan ke dalam satu platform, bukannya menggunakan berbagai-bagai platform PayLater untuk peniaga-peniaga tertentu. Dengan Beyond Card, ia lebih mudah bagi pengguna untuk mengawal dan memantau jadual pembayaran, semuanya di aplikasi fintech Boost. 

Jika takut terlebih berbelanja sebabkan kad ini, tak perlu risau! Sebagai peneraju fintech yang bertanggungjawab, Boost menawarkan garis kredit yang terkawal dan personalised berdasarkan kemampuan setiap pelanggan untuk melindungi pelanggan daripada beban hutang yang berlebihan.

Selain itu, tiada caj yang tersembunyi bakal dikenakan kerana segala caj akan dipaparkan pada pengguna sebelum keputusan untuk membeli dilakukan. 

2. Cashback Eksklusif & Ganjaran Premium Bila Berbelanja Di Seluruh Dunia! 

Satu lagi kelebihan Beyond Card dan boleh dikatakan antara kelebihan yang paling digemari oleh korang yang suka berbelanja ialah program ganjaran yang mana pengguna boleh mendapat manfaat simpanan tambahan dengan setiap perbelanjaan. Memang berbaloi! 

Beyond Card menawarkan program ganjaran yang premium berbanding apa yang ada di pasaran sekarang ini kerana ia merupakan kad pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang menawarkan Mastercard Travel Rewards

Program ganjaran eksklusif ini memberikan ganjaran yang pelbagai seperti pelancongan, beli-belah, kulinari, hiburan, kesenian, kebudayaan, sukan, kesihatan dan banyak lagi daripada jenama tempatan dan antarabangsa. 

Antara ganjaran yang ditawarkan termasuklah : 

  • Cashback sehingga 11.05% bila berbelanja di Shopee (tawaran online).
  • 6% cashback bila berbelanja di Zalora (tawaran online).
  • 10.5% cashback bila berbelanja di Nike Malaysia (tawaran online).
  • 6% cashback bila berbelanja di Adidas Malaysia (tawaran online).
  • 12% cashback bila berbelanja di lululemon Malaysia(tawaran online).
  • 9.5% cashback bila berbelanja di Calvin Klein Malaysia (tawaran online).
  • 7% cashback bila berbelanja di CHARLES & KEITH Malaysia (tawaran online).
  • 6% cashback bila berbelanja di Swarovski Malaysia (tawaran online).
  • Terima  IDR1,000,000 cashback di Grand Hyatt Bali
  • Terima THB1,000 cashback di JW Marriott Hotel Bangkok

Itu hanya sebahagian daripada ganjaran tau, korang boleh tengok senarai penuh di laman web Mastercard Travel Rewards.

Bukan setakat itu, setiap ringgit yang dibelanjakan melalui kaedah PayLater Beyond Card, yang dikenali sebagai Boost PayFlex™, pengguna bakal menerima sehingga 3 Boost Star yang kemudian boleh digunakan untuk menebus lebih banyak penjimatan dan ganjaran di BoostUP Rewards Catalogue dan juga mendapatkan diskaun apabila membuat pembayaran bil menggunakan kaedah ‘Pay With Stars’. 

Kalau nak dapatkan lebih banyak penjimatan sambil menggunakan kemudahan pembayaran fleksibel ini, korang gunakan Beyond Card semasa tempoh promosi perayaan dan gunakan pelbagai tawaran dalam satu masa. 

Selain itu, pengguna yang berjaya memohon dan menyertai Kad Beyond fizikal mulai dari sekarang hingga 30 Jun 2024 akan menerima ais krim Inside Scoop (satu scoop), dalam bentuk baucar Partner Wallet di aplikasi Boost (berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat).

3. Keselamatan Tanpa Tandingan di Hujung Jari

Dari sudut keselamatan, setiap transaksi di lindungi dengan kata laluan. Sekiranya kad hilang atau ada aktiviti yang mencurigakan, kad tersebut boleh dibekukan dengan serta merta menerusi aplikasi Boost. 

Ini Cara Untuk Mohon Beyond Card

Sekiranya korang berminat untuk mendapatkan Beyond Card, jangan risau! Ini kerana proses permohonannya sangat mudah dan boleh dilakukan atas talian sahaja. Korang hanya perlu ikuti langkah mudah berikut : 

  1. Muat turun aplikasi Boost (tersedia di Google Play dan App Store).
  2. Buat Premium Wallet (boleh dilakukan secara percuma dengan melengkapkan proses pendaftaran e-KYC  yang mudah). 
  3. Klik ikon ‘Beyond Card’ di paparan utama aplikasi. 
  4. Isikan maklumat anda dan hantar permohonan.

Sekiranya permohonan berjaya, Beyond Card virtual akan diberikan. Untuk menerima Beyond Card secara fizikal (untuk transaksi in-store), pengguna boleh memohon dalam aplikasi dan akan di hantar kepada korang dalam masa 5-7 hari bekerja (Bayaran RM20 akan dikenakan). 

Sebagai permulaan, kad ini hanya ditawarkan kepada pengguna CelcomDigi. Pun begitu, sekiranya korang bukan pengguna CelcomDigi, korang masih boleh untuk memohon Boost PayFlex™ untuk menggunakan perkhidmatan pembayaran secara fleksibel menerusi aplikasi Boost. 

Dengan Boost PayFlexTM, pengguna boleh menyelesaikan pembayaran dalam tempoh ansuran sehingga 6 bulan di lebih daripada 1.8 juta peniaga DuitNow di seluruh negara, serta menambah baki eDompet mereka dalam aplikasi Boost untuk membolehkan PayLater bagi semua transaksi dalam aplikasi, termasuk pembayaran bil digital, membeli-belah dalam talian, penghantaran makanan, dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang Beyond Card, sila layari https://link.myboost.co/BeyondCard_53 atau ikuti laman sosial rasmi Boost di Facebook dan juga Instagram untuk sebarang promosi dan berita terkini.

SKIP THIS AD ×