berita

Lazada & Berkat Madinah Bantu Lebih 60,000 Keluarga Kurang Mampu Ramadan Ini! Korang Pun Boleh Turut Serta!

April 23rd, 2021 | by Nurul
Shout Out!

Sedar tak sedar, dah lebih setahun virus COVID-19 melanda negara kita. Dalam kita rasa susah, ada lagi yang lebih susah di luar sana yang menantikan bantuan dari pihak yang bertanggungjawab.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Lazada Malaysia telah mengumumkan kerjasama dengan Berkat Madinah untuk menyokong program anjuran Islamic Relief Malaysia. Kempen ini bertujuan membantu lebih 60,000 penerima yang memerlukan dalam kalangan masyarakat yang terpinggir di Malaysia dan di seluruh dunia.

1,000 pelanggan pertama yang menyumbang sekurang-kurangnya RM100 akan menerima 1 kotak kurma

Seramai 1,000 pelanggan pertama yang menyumbang sekurang-kurangnya RM100 kepada Islamic Relief Malaysia dalam satu transaksi menerusi platform LazadaForGood, akan menerima 1 kotak kurma Berkat Madinah! Manakala kalau korang memberi sumbangan sebanyak RM300 dan RM500 penderma akan menerima 5 dan 10 kotak kurma.

Inisiatif LazadaForGood ni akan memberi manfaat bukan kepada satu tapi dua program Islamic Relief Malaysia pada tahun ini!

Ini termasuklah kempen Rezeki Ramadan yang menetapkan sasaran untuk mengumpulkan sumbangan RM2.4 juta menerusi kerjasama ini dan mengagihkan 12,000 bungkusan makanan kepada masyarakat yang memerlukan.

Pertubuhan bukan keuntungan tersebut juga berhasrat mengumpulkan RM3 juta bagi kempen mySedekah mereka, yang menghulurkan bantuan dalam bentuk makanan, air, khidmat kecemasan, sara hidup, kesihatan, pendidikan dan banyak lagi!

“Macam mana kami nak turut serta?”

Ha kalau korang berminat nak menyokong misi Islamic Relief Malaysia ni, korang boleh melayari laman sumbangan Islamic Relief Malaysia di laman web dan aplikasi Lazada, atau kunjungi laman LazadaForGood untuk mendapatkan maklumat lanjut inisiatif lain yang disokong oleh platform ini.

Antara cara lain ialah dengan beli juadah berbuka puasa dari Lazat Bazaar ni!

Lazat Bazaar, pesta makanan dalam talian Lazada, yang diadakan sepanjang bulan Ramadan, masih diteruskan sehingga 12 Mei 2021, supaya rakyat Malaysia boleh menikmati juadah berbuka puasa kegemaran daripada peniaga kecil tempatan di bazar Ramadan.

Pelanggan boleh menikmati penghantaran hari yang sama bagi pesanan makanan panas dan produk bakeri segar seperti murtabak, lemang, rendang, laksa, roti john dan nasi kerabu dari gerai dan peniaga tempatan kegemaran mereka di seluruh Lembah Klang.

Dengan cara ini, korang boleh menyokong Lazada yang ingin memperkasakan usahawan dan memberikan sokongan untuk meningkatkan jualan mereka dan juga menggalakkan penghijrahan digital peniaga-peniaga kecil tempatan ke pasaran dalam talian.

Kempen  ini membolehkan peniaga menjual produk mereka dengan tawaran menarik dan harga serendah yang mungkin supaya pengguna boleh bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya yang bakal menjelang dari keselesaan rumah sendiri!

Selain itu, dengan kempen Hari hari Jimat Lazada, anda boleh mendapatkan RM8 Penghantaran Percuma dari sekarang hingga 15 Mei 2021. Apa lagi guys? Layari Lazada dan add to cart sekarang!

SKIP THIS AD ×