berita

Jom Ke Safari World, Bangkok & Thung Teao Park, Krabi Dengan AirAsia! Harga Serendah RM99 Je Tau!

October 3rd, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Berita baik untuk semua kaki travel!! Air Asia ada buat promosi terbaik untuk korang ni! Paling best, dekat negara yang memang confirm-confirm lah orang Malaysia suka.

Bukan je makanan sedap dan muslim-friendly, nak shopping pun heaven sangat-sangat!

Tak lain tak bukan mestilah Thailand!

Ada pelbagai aktiviti menarik yang buat orang suka pergi Thailand ni tau, antaranya ialah:

Safari World,Bangkok

Dekat sini korang boleh rasai sendiri pengalaman kasi zirafah makan dan juga tengok dengan lebih dekat singa-singa ni! Tak payah ke Afrika dah guys. Thailand pun ada Safari World!

Thung Teao Forest Natural Park, Krabi

Kredit Foto: The Trip Guru

Korang tengok la sendiri betapa birunya air dia! Semuanya natural tau!

Koh Phi Phi, Phuket

Antara tempat yang paling ramai tak sabar nak pergi semestnia Koh Phi Phi island ni. Cantik tak terkata!

Anursan Market, Chiang Mai

Kredit Foto: Trip Advisor SG

Kalau ke Chiang Mai tapi tak ke Anursan Market ni memang tak sah guys! Segala-galanya ada dekat sini. Harga pun lebih murah!

Pasar Terapung Klong Hae, Hat Yai

Pasar Terapung Klong Hae ni merupakan salah satu tarikan yang tak ada dekat tempat lain ni! Dekat sini lah korang boleh makan makanan authentic Thailand tau. Semuanya sedap dan kebanyakkannya halal!

Takkan la tengok gambar je guys? Dengan harga serendah RM99 korang dah boleh rasai sendiri semua pengalaman ni!

Air Asia tahu sangat perangai orang Malaysia ni jadi mereka tawarkan harga terendah untuk ke sana. All-in pulak tu! Korang boleh pilih nak ke Bangkok, Phuket, Krabi, Chiang Mai, Hat Yai atau pun tempat lain yang ditawarkan.

Tiket dengan harga tersebut boleh didapati bermula 3 Oktober sehingga 9 Oktober 2022. Tempoh perjalanan pula bermula dari 1 Januari hingga 30 Jun 2023*.

Untuk yang berada di Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang, jangan risau! Korang tak perlu ke KL pun untuk ke Thailand sebab ada penerbangan terus dari 3 negeri ini ke Bangkok!

Memang mantap sekali!

Sempat lagi nak kumpul duit ni. Apa pun korang kena beli tiket dulu. Inilah masanya untuk bercuti tenang kan minda dengan keluarga atau rakan-rakan. Lagi-lagi yang dah lama dah plan nak bercuti sama-sama tu.

Korang boleh klik dekat SINI untuk maklumat lanjut mengenai harga ni! So guys apa lagi? Jumpa korang di Thailand!

*Tertakluk kepada terma dan syarat

SKIP THIS AD ×