berita

Jom Kenali 4 “Living Proof” Yang Membuktikan “Age Is Just A Number”!

February 13th, 2018 | by Nurul
Kini Trending

Pernah tak korang mengenali seseorang yang seolah-olah diberkati dengan pelbagai kelebihan? Cantik, berkeyakinan dan berjaya dalam hidup. Apa sahaja yang dia buat, mesti cemerlang dan menjadi. Memang pakej yang lengkap bagi seorang wanita! Kadang-kadang cemburu pun ada.

Bila tengok diorang, rasa macam bersemangat pulak nak jadi macam diorang. Beruntungnya kan?

Tapi, tak semua orang bertuah serta punya keyakinan diri untuk capai apa yang diorang idamkan. Lepas tu pulak, usia sering dikatakan antara punca yang menjadi batu penghalang kepada seseorang untuk buat apa yang dihajatkan.

Siapa cakap? Tengok macam wanita-wanita ni..Masing-masing dah berjaya kejar cita-cita tanpa mengira usia . Nak tahu siapa? Baca ni..

Che Ta, tak makan dek usia

Biasanya, apabila wanita dan mencecah usia 40-an, hal kecantikan mula diketepikan sebab nak beri tumpuan kepada keluarga, dan ada juga yang berpendapat di usia tersebut, tak sesuai bagi seorang wanita untuk bergaya cantik. Siapa kata?

Che Ta ataupun Rozita Che Wan, ni boleh kata contoh terbaik bagi seseorang yang boleh tampak muda bergaya walaupun dah berumur. Sebut je pasal Che Ta, mesti orang akan kaitkan dengan kecantikan dan bentuk badannya yang persis anak dara.

Che Ta sangat menitikberatkan hal kecantikan dalaman kerana baginya jika kita sihat dalaman, secara tidak langsung wajah kita akan nampak cantik dan segar. Jika kita sakit, wajah kita akan nampak kusam dan tidak bermaya.

Tambahnya, cara penjagaan kulitnya sama je macam orang lain cuma dia selalu berfikiran positif, mengamalkan sikap happy go lucky dan jangan terlalu fikirkan pasal umur. Pendek kata, just enjoy the life. 

Ratu Kerja Amal, Daphne Iking

Siapa yang tak kenal dengan model, pengacara, pelakon dan juga ibu kepada 3 orang anak ni.

Bermula dengan rancangan realiti tv Explorace, kemudian mengacarakan The Breakfast Show di NTV7, dan tersenarai dalam FHM Malaysia’s Most Wanted Female, siapa sangka Daphne dah pun memasuki umur 40-an!

Haa..dah 42 tahun pun masih cantik dan nampak muda tau! Disebalik kesibukannya, wanita yang sinonim dengan kerja-kerja amal ni sentiasa kekal aktif, baik dalam kariernya sebagai pengacara mahupun sukarelawan.

Bagi Daphne, passion dan minat yang mendalam dalam melakukan apa yang disukainya, membuatkan dia sentiasa berasa cukup dengan apa yang ada dan menikmati usianya tanpa sebarang masalah.

Erra Fazira si Primadona

Telah pun berusia 44 tahun, Primadona Malaysia ni still nampak macam 20-an. Masih aktif dalam bidang lakonan dan perniagaan, ibu kepada seorang anak ni menjadi idola kepada ramai ibu-ibu di luar sana yang nak mengekalkan penampilan jelita.

Menurut Erra, “Anda hanya mempunyai satu wajah, maka, jagalah dengan bersungguh-sungguh”.

Kalau tengok wajah dan penampilan Erra Fazira masa awal kemunculannya dalam bidang hiburan, memang tak banyak yang berubah. Sekarang, dah 25 tahun dalam dunia hiburan pun Erra masih maintain awet muda!

Erra akui, bila dah semakin berumur, kulit pun akan menerima kesannya. Oleh itu, sangatlah penting untuk menjaga kulit sebab kulit yang sihat adalah kunci kepada diri untuk kelihatan lebih muda dan cantik!

Queen of Jazz, Dato’ Sheila Majid.

Kalau tengok pada empunya badan yang kecil molek ni, mesti korang tak sangka yang usianya dah lebih separuh abad. Pada usia 53 tahun, Sheila Majid dilihat masih jelita, awet muda, bertenaga dan mampu mengekalkan momentumnya sebagai ratu jazz negara.

Bukan sahaja di Malaysia, tapi Sheila juga dikenali di luar negara dan masih relevan sehingga ke hari ini. Tengok sajalah sambutan yang diterima pada konsert berskala besarnya Ogos lepas. Bukan calang-calang orang yang datang.

Selalunya, bila umur dah mencecah 50-an ni, rata-rata, orang akan mula slow down dan fokus untuk berehat di rumah. Tapi, bagi Sheila, usia memang bukan penghalang baginya untuk terus aktif dalam bidang yang sudah menjadi passion buatnya.

Korang taknak jadi macam wanita hebat ini semua?

Lepas baca semua kisah kejayaan wanita-wanita hebat tadi, admin terus rasa bersemangat dan berkobar-kobar nak jadi macam diorang jugak. Mesti dalam hati korang terdetik, “Beruntungnya diorang ni, dah lah berjaya, dah berumur pun masih cantik!”

Apa rahsia diorang ya? Adakah dari genetik?

Penyelidikan baru dari Olay mendedahkan bahawa untuk kekal muda dan cantik, seseorang tu tak perlukan genetik dari keturunan yang diwarisi tapi, cukuplah dengan menjaga kulit yang sempurna.

Selain itu, hasil dari penemuan pakar penjagaan kulit juga menunjukkan bahawa, dengan senaman yang kerap, tidur yang cukup setiap hari dan penggunaan pelbagai vitamin, adalah antara perkara-perkara yang juga menjadi penyebab positif untuk kulit yang sihat dan kelihatan muda.

Olay memperkenalkan Olay Regenerist Micro Sculpting Cream, pelembap anti-penuaan yang formulasinya dinaiktaraf, direka untuk melembutkan kulit dan mengurangkan garis kedutan seawal hari pertama penggunaan! Wow!

Yang paling best, ia dapat memberikan manfaat penghidratan, serta membantu pertumbuhan semula sel yang mampu melambatkan kesan penuaan.  Kulit korang pun pasti kelihatan lebih muda!

Kata orang, “age is just a number”.

Bila kulit cantik, lembut dan awet muda, korang pun akan lebih konfiden untuk melakukan apa sahaja yang korang idamkan! Percayalah, masih belum terlambat untuk korang kejar cita-cita kerana kejayaan tu tak mengenal usia.

 

 

SKIP THIS AD ×