berita

Jom Ketahui Pemakanan Yang Sesuai Dengan Keperluan Si Comel Korang!

December 3rd, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Siapa ada kucing di rumah mesti boleh relate betapa lapangnya fikiran bila buka je pintu rumah, Si Comel kita dah siap tunggu dan minta dibelai. Hilang segala stress bila melayan keletah Si Comel ni semua.

Penggemar kucing je yang faham perasaan ni, betul tak? Haa..cakap pasal kucing ni, setiap pemilik kucing mesti hanya nakkan yang terbaik untuk Si Comel kesayangan kan? Jadi, apa kata korang berikan makanan kering yang berkhasiat dan seimbang buat Si Comel korang!

Diformulasi dengan pelbagai nutrisi lengkap, SmartHeart Malaysia, produk makanan kering yang tepat buat Si Comel!

Kalau korang nak tahu, produk makanan kering SmartHeart adalah antara makanan kucing yang memiliki formula terbaik di pasaran dan dirumus khas untuk memenuhi segala keperluan nutrisi Si Comel korang.

Produk makanan kering SmartHeart juga terdapat dalam dua kategori iaitu SmartHeart Berperisa dan SmartHeart Special Care Formula. Nak tahu apa kelebihan makanan kering SmartHeart ni?

SmartHeart Berperisa

Diperkaya dengan DHA & Choline, Omega 3 & 6, Vitamin E, Biotin, Zinc, Kalsium, Phosporus dan Vitamin D, produk makanan kering SmartHeart Berperisa ni memang sangat membantu dalam pertumbuhan dan kecerdasan Si Comel.

Terdapat banyak kebaikan yang terkandung dalam SmartHeart Berperisa ni antaranya, membantu meningkatkan sistem otak dan saraf, memperkukuhkan ingatan dan kepekaan, menajamkan penglihatan, menyihatkan kulit dan bulu serta memperkuatkan tulang dan gigi Si Comel!

Tidak lupa juga, warna yang digunakan bagi makanan kering berperisa SmartHeart adalah menepati piawaian dan mendapat kelulusan standard antarabangsa untuk makanan haiwan.

SmartHeart Berperisa juga tersedia dalam 6 pilihan perisa iaitu;

  • SmartHeart Chicken & Tuna
  • SmartHeart Seafood
  • SmartHeart Salmon
  • SmartHeart Tuna & Shrimp
  • SmartHeart Mackerel
  • SmartHeart Chiken & Whitefish

SmartHeart Special Care Formula

Setiap Si Comel dilahirkan dengan  keperluan dan masalah yang berbeza. Jadi, sangat penting untuk mengetahui makanan yang sesuai dengan keperluan mereka. Sebab itulah SmartHeart Special Care Formula dirumus khas dengan formulasi yang bertujuan untuk merawat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Si Comel kesayangan korang.

SmartHeart Special Care Formula terdapat 6 variasi yang berbeza iaitu:

1. SmartHeart Mother & Baby Cat

Mengandungi DHA (minyak ikan) & Choline, Omega-3 (Bioton, Zinc & Omega 3 & 6), kalsium, Phosphorus dan Vitamin D, formula ini dirumus khusus untuk Si Comel mendapat nutrisi yang cukup semasa tempoh hamil dan penyusuan. Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak dan saraf, serta mampu menurunkan risiko pembentukan batu pundi kencing dengan mengekalkan tahap pH air kencing yang tepat pada Si Comel.

Selain itu, formula ini juga boleh menguatkan lagi sistem imunisasi bayi semasa proses penyusuan selepas bayi Si Comel dilahirkan.

2. SmartHeart Kitten

Macam yang kita tahu, Si Comel perlukan nutrien yang lengkap sejak dari kecil. SmartHeart Kitten dirumus khas untuk tumbesaran Si Comel yang dilengkapi dengan DHA, Choline, Taurine, Vitamin E, Biotin, Zinc, Omega 3 & 6, Kalsium, Phosphorus, dan sumber protein dari telur dan susu yang dapat menyokong pertumbuhan Si Comel untuk perkembangan otot dan struktur badan yang betul.

3. SmartHeart Skin & Coat Formula

Masalah yang sering dihadapi Si Comel adalah keguguran bulu. Bila dukung Si Comel, habis melekat bulu-bulu di baju. Haa..formulanya yang mengandungi DHA, Choline, Vitamin E, Biotin, Zinc, Omega 3 & 6, Kalsium dan Phosphorus ni direka khusus buat Si Comel yang menghadapi masalah tersebut.

Fungsi utama Skin and Coat Care ialah menjaga kesihatan bulu dan kulit. Apabila bulu dan kulit mendapat nutriet yang lengkap, masalah keguguran bulu juga dapat dikurangkan.

Ia juga berfungsi sebagai makanan tambahan serat semula jadi yang membantu mengatasi pembentukan bola rambut, sekaligus mengurangkan masalah keguguran bulu Si Comel serta merangsang pertumbuhan bulu yang baru.

4. SmartHeart Hairball Control

SmartHeart Hairball Control pula dilengkapi dengan nutrisi yang seimbang iaitu DHA, Choline, Vitamin E, Biotin, Zinc, Omega 3 & 6, Kalsium dan Phosphorus serta mempunyai kandungan serat tambahan yang penting untuk mengawal pergerakan usus dan mempermudah proses pembuangan bola rambut melalui najis Si Comel.

5. SmartHeart Sterilised Formula

Siapa je tak geram dengan Si Comel yang gebu. Ughh..cutenya! Gebu takpe, tapi jangan sampai terlebih berat badan. Nanti ia bukan saja mengganggu pergerakan Si Comel, malah boleh menjejaskan kesihatannya. Biasanya kucing akan mengalami penurunan kadar hormon, pertambahan berat badan dan gangguan terhadap metabolisma mereka setelah dimandulkan.

SmartHeart Sterilised Formula adalah diet rendah kalori untuk pengurusan berat badan kucing, khususnya buat kucing yang telah dimandulkan dan obesiti. Ia juga membantu menurunkan risiko pembentukan batu pundi kencing dengan menjaga pH air kencing pada tahap yang betul.

6. SmartHeart Senior Care

Bukan hanya pada anak kucing, malah SmartHeart juga prihatin dengan keperluan Si Comel yang sudah berusia. Sebab itulah, formula SmartHeart Senior Care direka khusus buat Si Comel yang berisiko menghadapi masalah seperti menopause dan andropause. 

Formula ini juga mengandungi DHA, Choline, Taurine, Vitamin E, Biotin, Zinc, Omega 3 & 6, Kalsium dan Phosphorus untuk meningkatkan memori, kepekaan, kecerdasan, sekaligus ditambah Glucosamine dan Chondroitins serta protein bagi memastikan Si Comel terus sihat dan cergas.

Jom dapatkan produk SmartHeart hari ini untuk kesihatan dan kecerdasan Si Comel korang!

Buat semua pencinta dan pemilik kucing, mulai sekarang ayuh kita fokuskan tentang penjagaan Si Comel, agar mereka lebih sihat dan gembira supaya boleh terus menceriakan hari-hari kita. Hanya berikan yang terbaik dari SmartHeart!

Untuk dapatkan produk-produk SmartHeart, korang boleh dapatkan produk ini secara dalam talian di SmartHeart online Shop, ataupun layari laman web serta Facebook mereka.

SKIP THIS AD ×