berita

Jom Kongsi Keberkatan Bulan Ramadan Bersama Mereka Yang Memerlukan Dengan Tawaran Hebat Daripada Foodpanda

March 14th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menjelang bulan yang mulia ini, foodpanda Malaysia, platform penghantaran makanan terkemuka di negara ini, menyambut ketibaan Ramadan dengan pelbagai penawaran menarik bersama harapan untuk membawa keberkatan ke dalam kehidupan setiap rakyat Malaysia.

Berkat Ramadan

Pihak foodpanda Malaysia bersyukur dan berasa rendah diri atas segala sokongan yang diberikan selama ini daripada pelanggan mereka yang dikasihi, dan oleh itu, mereka ingin berkongsi kasih sayang dan nikmat di sepanjang bulan yang penuh dengan keberkatan ini bersama dengan mereka yang memerlukan.

Selain daripada itu, walaupun Malaysia telah beralih kepada fasa endemik baru-baru ini, foodpanda Malaysia yakin bahawa kebanyakan rakyat di negara ini sudah terbiasa dengan amalan memesan barangan secara dalam talian kerana ianya lebih memudahkan.

Kami gembira dan berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pelbagai rakan restoran dalam memperkenalkan satu lagi Bazar Ramadan maya tahun ini, dan membawakan kegembiraan kepada setiap rakyat Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda Malaysia, Sayantan Das, para pelanggan kini boleh berehat dan meluangkan lebih banyak masa dengan orang yang tersayang, sambil membuat pesanan dari Cafe Chef Wan, FamilyMart, Tambah Lah!, Jackson’s Fried Chicken dan banyak lagi.

Ujarnya lagi, restoran-restoran ini telah menyediakan pelbagai menu dan kombo istimewa Ramadan, khusus untuk pelanggan foodpanda, seperti kotak moreh Ramadan dari Cafe Chef Wan dan Kombo Ramadan dari FamilyMart dan lain-lain. Jangan lupa untuk menggunakan kod PINKPUASA dan nikmati diskaun 20%, dihadkan pada RM5 dengan nilai pesanan minimum RM25 daripada restoran-restoran terpilih.

Dengan semangat untuk membantu mereka yang memerlukan, foodpanda Malaysia menganjurkan beberapa inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam usahanya untuk menghulurkan bantuan kepada komuniti. Kongsi keberkatan bersama orang lain menerusi:

Inisiatif CSR Oh Kasih

Pelanggan digalakkan untuk menggunakan kod PANDA di sepanjang bulan Ramadan, di mana dengan penebusan satu kod baucar, satu hidangan akan disumbangkan kepada PERTIWI Soup Kitchen.

Belanja Abang dan Kakak Rider

Pelanggan boleh memilih tawaran kombo istimewa, di mana mereka boleh membelanja penunggang dengan hidangan daripada kategori ‘For Riders’, dari restoran-restoran yang mengambil bahagian – It’s a Wrap, Jacksons Fried Chicken, Mix & Match, Dataran Masakan Oomph, Nasi Kukus Meletop!, Nasi Ayam Station, Bungkus Bowl, Bekal Box, Bowlehlah, Kenyang Box, Nasi Lemak Jalan 223, DAMN! Burgers dan Tambah Lah!

Banyak promosi hebat!

Foodpanda memahami kekecewaan yang dialami oleh pelanggan kami terutamanya apabila mereka sentiasa sibuk sepanjang hari dan terpaksa bergelut untuk mencari masa antara memasak atau membeli makanan untuk iftar. Kami menggalakkan pelanggan agar membuat pesanan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika hendak berbuka puasa. Anda juga boleh memaksimumkan penjimatan dengan promosi berikut yang bermula dari 23 Mac hingga 20 April:

  • Guna kod ALLDAY dan nikmati diskaun RM7 dengan nilai pesanan minimum RM25. Kod ini boleh didapati sepanjang hari, sepanjang musim pra-Ramadan.
  • Nikmati potongan RM7 dengan kod BUKA7 dari 3:00 petang hingga 5:00 petang, dengan nilai pesanan minimum RM25.
  • Jangan lupa untuk memasukkan kod DINNER, bermula 5:00 petang untuk menikmati potongan RM8.50, dengan nilai pesanan minimum RM30 untuk musim pra-Ramadan.
  • Jika anda mahu mengambil sendiri pesanan anda, guna kod PICKUP dan nikmati potongan 20%, dihadkan pada RM7 untuk nilai pesanan minimum RM35, dari 4:00 petang hingga 9:00 malam.
  • Bukan itu sahaja! Kami ada banyak lagi untuk anda nikmati di kedai dan pandamart juga!
  • Dapatkan barangan keperluan Ramadan anda seperti buah kurma, kordial F&N Sarsaparilla, dan cecair pencuci mulut dari pandamart, Lotus’s, Watsons, HeroMarket, dan 7-Eleven, dengan diskaun hebat.
  • Guna kod SHOP10 dan dapatkan potongan RM10 dengan nilai pesanan minimum RM50 hingga penghujung Mac untuk semua kedai yang ada di dalam foodpanda.
  • Dapatkan diskaun RM4 untuk caj penghantaran anda apabila anda berbelanja sekurang-kurangnya RM50 dari kedai-kedai yang mengambil bahagian. Sah hingga 20 April.
  • Juga nikmati potongan RM10 dengan nilai pesanan minimum RM60 hingga penghujung bulan ini apabila anda menggunakan kod TENMART untuk pandamart.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi foodpanda yang sedang berlangsung sila layari laman tawaran.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×