berita

Jom Layan Lebih Dari 800 Filem Blockbuster, Drama Bersiri Tempatan & Banyak lagi Di Disney+ Hotstar!

May 28th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Rindunya rasa nak tengok wayang. Lama rasanya tak movie-marathon sambil makan popcorn. Haa..berita baik untuk semua kaki movie, Walt Disney Company bakal melancarkan sebuah platform terbaru iaitu Disney+ Hoststar pada 1 Jun 2021 ini!

Platform penstriman bagi lebih 800 filem blockbuster Hollywood & tempatan!

How Disney+ Hotstar's entry changes Astro's value proposition | The Edge Markets

Kalau korang nak tahu, Disney+ Hotstar ni boleh dilanggan dengan hanya RM54.90 untuk 3 bulan melalui laman web Disney+ Hotstar ataupun aplikasi Disney+ Hotstar yang boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS.

Sebagai alternatif, pelanggan Astro Movies Pack juga boleh mendapat akses ke saluran Disney+ Hotstar dan nikmati pelbagai kandungan menarik! Oh ya, platform ini juga adalah mesra kanak-kanak dengan menyediakan kandungan yang sesuai dengan usia mereka.

Menariknya, Disney+ Hotstar juga menampilkan lebih daripada 800 filem dan 18,000 episod, termasuk siri dan filem blockbuster Marvel, Disney, Disney+ Originals serta filem dan drama bersiri Asia.

Memang boleh marathon sampai pagi ni!

Melalui Disney+ Hotstar juga, korang boleh nikmati tontonan tanpa iklan, tontonan dua aliran serentak dan muat turun kebanyakan filem dan rancangan yang disediakan.

Sebagai tanda sokongan terhadap industri filem tempatan, platform penstriman ini juga akan menyiarkan beberapa filem blockbuster Malaysia yang paling dinanti tahun ini iaitu J2: J Retribusi, Zombitopia dan Ada Hantu yang akan ditayangkan lebih awal dari tayangan perdana secara langsung serta eksklusif di Disney+ Hotstar!

Di samping itu, siri-siri drama masa perdana tempatan seperti Single Terlalu Lama dan Kekasih Hati Mr. Bodyguard akan ditayangkan terlebih dahulu di Disney+ Hotstar, pada pukul 7 pagi pada hari yang sama dengan siaran langsung, sehingga 15 jam sebelum di platform lain.

Bagi korang yang suka menonton drama bersiri tempatan pula, jangan lupa untuk menonton drama bersiri Semanis Senyumanmu pada 1 Jun 2021 dan Wifi Sebelah Rumah pada 25 Jun ini. Confirm korang cair dengan lakonan hero-hero Malaya iaitu Aiman Hakim Redza dan Zul Ariffin.

Ini antara fiem-filem tempatan yang tersedia dan wajib tonton di Disney+ Hotstar!

1. J2: J Retribusi

2. Zombitopia

3. Ada Hantu

4. Semanis Senyumanmu

5. Wifi Sebelah Rumah

6. Single Terlalu Lama

7. Kekasih Hati Mr. Bodyguard

Bukan itu je, terdapat banyak lagi kandungan menarik dan filem-filem hits tempatan yang korang boleh nikmati seperti:

  • J Revolusi
  • Tombiruo
  • Pasukan Khas KL
  • Munafik
  • Istanbul Aku Datang!
  • Ejen Ali The Movie
  • Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (mula ditayangkan pada pertengahan bulan Jun)
  • Filem The Rock (Rock, Rock Oo !, Rock Bro ! dan Rock 4: Rockers Never Dai)
  • Talentime
  • Mukhsin
  • The Kid From The Big Apple 2
  • Vedigundu Pasangge
  • Evolusi KL Drift 1 & 2
  • KL Gangster 1 & 2
  • Gol & Gincu 1 & 2
  • Guang
  • Redha
  • Roh

Mesti korang semua dah tak sabar kan? Jadi, jangan ketinggalan untuk melanggan dan menonton kesemua kandungan hebat ini di Disney+ Hotstar pada 1 Jun 2021, ok!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Disney+ Hotstar. 

SKIP THIS AD ×