berita

Jom Membeli Sambil Beramal Dengan MYDIN, Sekarang Dah Boleh Buat Pembayaran Tanpa Tunai!

April 30th, 2021 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Bila sebut MYDIN mesti ramai yang setuju, dekat sini lah tempat nak cari barang dengan harga berpatutan. Tak kiralah barangan memasak, peralatan eletrik atau apa-apa sekali pun barang yang korang perlukan semuanya boleh didapati dengan harga rendah di MYDIN.

MYDIN bukan je komited nak tolong orang ramai untuk berbelanja pada harga mampu milik tapi dorang juga mengambil tanggungjawab sosial korporat mereka secara serius. 

Bersempena dengan bulan mulia ini, MYDIN melancarkan tabung MYDIN Prihatin bagi membantu golongan memerlukan. Antara golongan sasaran utama mereka adalah rumah kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, asnaf serta kelompok yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Sebanyak RM 0. 05 sehingga RM 0.50 akan disalurkan ke Tabung MYDIN Prihatin dengan setiap pembelian daripada jenama terlibat seperti Activex, AFY Haniff, Al Maheera, Ameera, Babas, Cik Suri, Colgate, Duru, Dutch Lady, Ferntea, Garnier, Hellsmann’s, Kapal Api, Kicap Mahsuri, MyHome, MyRasa, Promex, Saji dan banyak lagi. 

Kempen ini, dijalankan di seluruh cawangan MYDIN dan menyasarkan kutipan keselurahan sehingga RM 200,00.00. Kesemua hasil kumpulan dana yang dijalankan sejak 1 Mac sehingga 1 Mei 2021 akan diserahkan kepada penerima menjelang Aidilfitri nanti.

Shopping kini lebih mudah di MYDIN, Guna E-Wallet je

Untuk memudahkan setiap pelanggan membeli-belah di MYDIN, mereka kini menerima bayaran tanpa tunai menerusi 3 platform E-wallet termasuk Touch n Go, Grab Pay dan ShopeePay.

Istimewanya, setiap pembayaran yang dibuat melalui mana-mana diantara 3 aplikasi E-wallet ini berpeluang untuk menikmati pulangan tunai sehingga RM15! Jimat duit korang!

Touch n Go

  • Belanja sekurang-kurangnya RM100 untuk barangan bukan runcit dalam satu resit dan nikmati pulangan tunai berjumlah RM10
  • Bagi pembelian tambahan sebanyak RM100 untuk barangan bukan runcit pada hari yang sama, pembeli layak menerima pulangan tunai sebanyak RM15
  • Sah dari 1 April – 31 may 2021

Grab Pay

  • Belanja minima RM80 menggunakan Grabpay di MYDIN dan nikmati potongan harga sebanyak RM8 daripada jumlah keseluruhan pembelian
  • Sah dari 13 April – 26 May 2021

ShopeePay

  • Pulangan tunai sebanyak RM4 untuk setiap pembelian bernilai RM30 dan ke atas menggunakan ShopeePay
  • Sah dari 1 April – 31 April 2021

Masih mencari baju Raya? Beli je dekat MYDIN, harga rendah tapi kualiti tiptop!

Jangan panik kalau hal baju raya korang belum selesai lagi, pergi je ke mana-mana MYDIN Hypermarket dan Emporium, sebab ada pelbagai jenis pilihan baju raya untuk dewasa dan juga kanak-kanak.

Senang untuk mereka yang dah berkeluarga nak membeli-belah sebab semuanya boleh beli di satu tempat je, tak adalah kelam kabut jadinya.

Dekat sini ada banyak pilihan rekaan yang pasti buat korang rambang mata, ada rekaan berasaskan batik, lace, songket, saree dengan pelbagai pilihan warna dan saiz sehingga 2XL.

Untuk para lelaki pula, pelbagai pilihan rekaan termasuk kurta, baju melayu, samping dan banyak lagi tersedia untuk korang pilih.  Kesemuanya didatangkan dengan pilihan saiz sehingga 2XL. 

Seleksi baju raya kanak –kanak dijual dengan harga serendah RM 29.90 sahaja! Baru betul satu keluarga boleh bergaya sakan tahun ini! Saiz bermula daripada 6 bulan sehingga 14 tahun.

Sertai peraduan ekslusif MYDIN dan menangi pelbagai hadiah percuma!

Sekarang, MYDIN ada banyak peraduan istimewa yang menawarkan pelbagai jenis hadiah percuma tau! Rugilah kalau korang dah shopping banyak-banyak tapi tak join pun contest yang ada, mana tahu entah-entah rezeki korang nak bawak balik hadiah istimewa daripada MYDIN!

MYDIN Beli & Menang

MYDebit

Fitti

PLANTA

MYDIN ada pelbagai lagi peraduan yang dijalankan dengan jenama produk terpilih, korang kena masuk semua okay? Barulah lebih besar peluang nak menang hadiah tu. Untuk senarai penuh peraduan korang boleh klik di SINI.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai peraduan yang dijalankan ataupun promosi terbaru daripada MYDIN, korang boleh lawati laman Facebook ataupun Instagram rasmi mereka. Haa apa lagi, jom shopping di MYDIN!

SKIP THIS AD ×