Cepat betul masa berlalu. Tak lama lagi kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 62. Tapi, korang pernah tak terfikir untuk jadikan sambutan Hari Kemerdekaan lebih fun berbanding tahun-tahun sebelumnya?
Kali ni kami nak kongsikan 5 idea best yang korang boleh buat untuk meriahkan sambutan Hari Kemerdekaan di office korang. Jangan lupa ajak boss join sekali tau!
Tapi sebelum tu, kalau korang nak mood sambutan Hari Kemerdekaan tu bertambah seronok, kami sarankan korang ajak kawan-kawan korang sertai peraduan The Lucky Rain anjuran Coway.
Sebabnya mereka ada macam-macam hadiah menarik untuk dimenangi antaranya kereta Mazda CX3, percutian 3 Hari 2 Malam, telefon pintar, penapis Coway dan banyak lagi hadiah yang lain bernilai sehingga RM220,000.
Cara untuk sertai peraduan ini:
- Beli atau sewa mana-mana unit produk Coway (penulen air, penapis udara, penapis outdoor, water softener atau bidet) dalam tempoh peraduan. Pemasangan produk Coway mestilah sebelum atau pada 30 September 2019.
- Muat naik gambar korang bersama produk Coway tersebut di Facebook atau Instagram dengan caption paling menarik beserta hashtag #luckytohavecoway.
- Pastikan post korang dalam tetapan ‘public‘
- Pemenang akan diumumkan dalam di laman Facebook rasmi Coway sebelum atau pada 13 Oktober 2019.
Haa… best kan? Join jangan tak join! Dan sekarang jom kita tengok pulak 5 cadangan lain yang korang boleh buat untuk semarakkan lagi semangat Hari Kemerdekaan bersama kawan-kawan korang.
1. Pakaian bertema kemerdekaan
Ingat tak zaman sekolah dulu, bila tiba bulan kemerdekaan cikgu selalu suruh kita pakai baju cantik-cantik ala tokoh kemerdekaan lepas tu kena join fashion show kan?
So, apa kata kali ni kita kembalikan nostalgia tu dan buat pertandingan yang hampir sama di office. Bezanya korang just pakai baju bertema kemerdekaan untuk datang ke tempat kerja. Kemudian pilih pemenang berdasarkan pakaian mereka yang paling kreatif. Simple dan fun!
2. Peraduan teka lagu patriotik
Kalau asyik menghadap komputer je sepanjang hari tak best jugak. Cubalah sekali-sekala tu merdekakan diri korang sekejap dengan game yang menyeronokkan. Contohnya, adakan permainan teka lagu patriotik antara department.
Caranya mudah je! Korang hanya perlu mainkan beberapa buah lagu patriotik, kemudian setiap team perlu sambung lirik dan teka tajuk lagu tersebut. Department yang kalah kena kerja overtime! Hehe. Gurau je lah.
3. Anjurkan festival makanan dari pelbagai budaya
Idea ini admin paling suka! Yelah, makanan mampu menyatukan semua. Dan actually aktiviti ni lagi best kalau office korang ada staff yang berbilang kaum.
So, korang boleh bawa makanan tradisional (halal) ikut kaum masing-masing serba sedikit dan kongsilah ramai-ramai. Sambil menjamu selera tu, jangan lupa untuk belajar kenal nama makanan yang mungkin ‘pelik’ tu.
4. Explorace merdeka
Nampak macam rumit, tapi sebenarnya boleh je nak buat explorace dekat office. Caranya korang perlu print gambar bendera Malaysia atau apa-apa gambar yang berkaitan dengan tema kemerdekaan, kemudian gunting gambar tersebut menjadi puzzle.
Setiap keratan disembunyikan dalam ruangan office dan setiap kumpulan perlu mencari keratan tersebut berdasarkan clue di setiap check point. Kumpulan yang paling pantas berjaya cantumkan semula puzzle, mereka adalah juara!
5. Tayangan filem kemerdekaan
Korang pernah dengar istilah ‘wayang pacak’? Haa… kalau korang nak tahu, suatu ketika dulu sebelum semua orang ada televisyen dan bekalan elektrik dekat rumah, wayang pacak ni lah jadi pilihan sebagai sumber hiburan.
So, korang pun boleh buat perkara sama tau. Pilih waktu yang sesuai dan make sure dapat keizinan daripada pihak pengurusan syarikat korang jugak. Kemudian buat tayangan filem bertemakan kemerdekaan. Best wei tengok movie ramai-ramai satu geng.
Jangan lupa sertai peraduan The Lucky Rain!
Apa pun jangan lupa guys, bagitau mak ayah, jiran-jiran dan semua kawan-kawan untuk ikut serta contest The Lucky Rain anjuran Coway. Sebab inilah peluang keemasan dan masa terbaik untuk korang reward diri korang sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke 62.
Langgan atau beli mana-mana produk Coway sekarang, ambil gambar, muat naik di Facebook atau Instagram dan jangan lupa hashtag #luckytohavecoway. Sebarang maklumat lanjut tentang terma dan syarat peraduan, korang boleh layari laman sesawang Coway hari ini juga!