Disebabkan kita masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan pintu sempadan negara belum dibuka untuk perjalanan ke luar negara, ramai antara kita yang memilih untuk Cuti-Cuti Malaysia bagi melapangkan fikiran selepas beberapa bulan terkurung duduk di rumah.
Bila dah diberi kelonggaran ni, mesti korang taknak lepaskan peluang untuk dapatkan pengalaman yang extra bila dapat pergi bercuti. Walaupun dalam negara je, korang masih dapat rasa keseronokan tu walaupun tak memerlukan kos yang banyak dan boleh berjimat. Kalau nak tahu macam mana, jom tengok dulu…
1. Enjoy masa, nature dan kegemaran bersama!
Korang tau tak ini adalah satu-satunya masa untuk membuang semua kekacauan di dalam kepala korang dan lebih dekat dengan family korang dan juga alam semula jadi. Sambil drive atau duduk dalam kereta sementara tiba di tempat makan atau tempat berkelah yang best, korang pun boleh hirup udara segar.
Selain tu, kalau rasa mengantuk, korang boleh singgah di mana-mana stesen Shell untuk dapatkan ais krim Cornetto atau pek MILO® UHT 200ML secara PERCUMA dengan berbelanja minimum RM40 menggunakan kad BONUSLINK korang sehingga 27 September 2020* je tau. Mesti lepas tu akan berasa segar je.
2. Rancang perjalanan korang sendiri
Apa yang paling best bila road trip ni adalah flexibility. Kalau korang dah plan nak pergi suatu tempat. Tapi, bila sampai, tempat tu penuh, tutup ataupun dah tak wujud, korang boleh je nak ubah rancangan ke tempat lain. Dalam masa yang sama, mesti korang terfikir budget korang juga kan?
Kalau boleh nak menjimatkan dan merancang perjalanan tu dengan smooth je. Kos untuk minyak pula mestilah nak murah kan? Ha.. kalau macam tu korang boleh membeli baucar minyak Shell melalui aplikasi Fave bernilai RM30, lepastu korang dapat nikmati 3% e-cashback tau dengan menggunakan kod promosi ECBSHELL*.
3. Travel naik kereta jauh lebih jimat
Akibat pandemik covid19 yang sedang melanda negara sekarang, korang mesti teringin nak pergi berjalan kan? Tapi dalam masa yang sama tak tahu nak buat apa. Idea paling best sekarang, korang boleh pergi road trip. Takdelah nak spend duit yang banyak sangat sebab boleh pergi beramai-ramai.
Nak kemana mana lepas ni pun boleh, tak perlu nak naik flight pun. Korang pun tahu kalau travel ke luar negara ni memang memerlukan kos yang banyak. So kalau nak jimat travel dalam negara, naik kereta je.
Dengar cerita kalau korang spend untuk isi bahan api korang di Shell, korang akan dapat semula RM30 e-voucher dengan jumlah kumulatif RM 380 sehingga 15th November*. Tapi ini untuk pemegang kad kredit AmBank je tau. Nak pergi mana lepas ni memang tak risau lah kan? Lepas pergi dengan family, boleh road trip dengan kawan pula. Dah jimat sangat dah tu…
4. Travel dengan cashless je senang!
“Alamak, cash tak cukup time travel, macam mana ni.”
Ala kalau yang ni benda kecik je. Bila dah pergi road trip ni, kebiasaanya agak susah lah kan sebab nak bawak cash je kemana-mana. Kalau macam tu, korang guna je e-wallet kalau nak buat pembayaran apa apa.
Lagipun e-wallet ni selalunya menawarkan pelbagai jenis ganjaran untuk memastikan korang terus menggunakan perkhidmatan mereka. Antara ganjaran-ganjaran menarik yang disediakan termasuklah pulangan tunai.
Contohnya macam Shell, korang boleh belanjakan kredit e-wallet melalui E-penjana korang tu di stesen minyak mereka. Lepas tu dapat pula pulangan tunai sebanyak RM2 sehingga 30 september*. Senang kan sebab korang boleh nikmati perjalanan yang lancar dan cashless je. Memang sangat memudahkan dan tak rugi pulak tu!
Nak pemanduan ‘extra’ semasa roadtrip? Semestinya dengan Shell!
Haa.. bila tengah seronok pergi road trip tu, jangan lupa untuk isi kenderaan korang sekejap, mana taknya kang tersangkut tengah jalan. Dah susah pula… Jadi stop lah kejap.
Isi minyak di Shell kerana bahan api Shell dilengkapi dengan teknologi DYNAFLEX yang membantu menjaga kebersihan dan memberi perlindungan kepada enjin agar perjalanan korang lebih lancar!
Selain tu, tebus mata BonusLink dengan mudah dan senang menggunakan kad BonusLink atau muat turun aplikasi BonusLink di telefon pintar korang. Dengan hanya 100 mata Bonuslink, korang dapat menebus bahan api dan barang lain dari Shell SELECT!*
Nikmati promosi dan faedah tambahan dari Shell sekarang!
Apa yang best, korang boleh tambah nilai kad Touch ‘n Go di mana-mana stesen minyak Shell sepanjang Lebuhraya dengan tanpa caj tau.
Selain itu, korang boleh nikmati tawaran pastri lazat D24 Durian kombo RM5.90 dari deli2go dan juga tawaran-tawaran santapan sedap dan penyegar cita rasa korang di Shell SELECT sepanjang musim sehingga bulan december ni.
Bukan tu saja, korang juga boleh berhenti rehat di mana-mana stesen Shell kerana segala kemudahan lengkap seperti surau dan tandas dah tersedia untuk korang. Korang tak payah risau sebab kemudahan tersebut dah disanitasi setiap jam untuk keselamatan semua pengguna.
Untuk maklumat lanjut tentang tawaran dan promosi yang menarik lagi, korang boleh layari laman web SHELL sekarang!