Pada Oktober tahun lalu, dianggarkan lebih kurang 75 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1000 (sumber Berita Harian).
Antara faktor yang dikaitkan dengan cabaran ni adalah kerana trend pembelian secara atas talian yang semakin rancak dikalangan pengguna.
Lagi-lagi bila ramai yang bekerja dari rumah, haa tangan tu memang gatal je nak membeli kan. Tahu-tahu esok lusa barang dah sampai depan rumah je.
Tapi sebenarnya perkara macam ni sangat membimbangkan tau, bayangkan kalau korang ada kecemasan dan perlu belanjakan duit dengan serta merta? Dekat mana nak korek? Lagipun menyimpan tu kan amalan mulia, untuk menjamin masa depan korang juga.
Tambahan pula dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil sekarang, kita tak boleh ramalkan apa yang akan berlaku. Jadi, lebih elok kalau sediakan payung sebelum hujan tak gitu :)
AIA sedia bantu korang rancang tabiat kewangan yang lebih baik
Tapi sesetengah orang tak tahu macam mana nak menguruskan wang dengan betul. Kalau simpan dalam akaun bank je nanti terguna pula kan?
Kaedah yang sering dikongsikan oleh pakar kewangan adalah untuk mengasingkan duit korang siap-siap sebelum berbelanja untuk menampung keperluan harian dan gaya hidup. Bahagikan gaji mengikut keperluan dan komitmen seperti kecemasan atau perubatan, pinjaman bank, pendidikan anak-anak, simpanan usia emas, perlindungan insurans dan sebagainya.
Jadi, bila ada kecemasan dan korang perlukan rawatan segera di hospital, tak payahlah kelam-kabut nak cari duit kan? Haa… sebab tulah pentingnya menguruskan wang dengan cara yang betul guyss!
Bagi yang masih buntu dan tak tahu nak mula dari mana, AIA boleh bantu korang pupuk tabiat kewangan yang lebih baik demi kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.
Caranya mudah je, korang hanya perlu ikuti tinjauan Financial Health Check AIA, dimana korang boleh dapat penilaian kewangan dan kenal pasti jurang perbezaan dalam tahap perlindungan korang berbanding dengan pelanggan AIA. Nak jawab ni tak ambil masa yang lama pun, dalam lebih kurang 2 minit je.
Korang mungkin tertanya… apa kaitan penilaian jurang dalam tahap perlindungan dengan amalan tabiat kewangan yang baik eh? Jadi, dengan hasil tinjauan Financial Health Check, korang boleh mula merancang untuk memperoleh perlindungan insurans / takaful yang sesuai dengan keperluan hidup korang. Misalnya, kalau korang ada pelan perubatan, korang tak payahlah nak korek wang dari akaun bank untuk membayar bil hospital sekiranya berlaku kecemasan.
Secara tidak langsung, korang akan lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan di masa hadapan. Tak payah nak risau dah sebab korang dah pun dilindungi.
Hasil tinjauan boleh terus dimuat turun,seperti di bawah:
Senang je kan? Apa tunggu lagi jom buat survey ni sekarang! Sebab korang berpeluang untuk memenangi iPhone 12 dan banyak lagi hadiah menarik bernilai sehingga RM35,000 jika korang lengkapkan survey ni sebelum 31 Ogos 2021.
Klik je dekat SINI untuk lengkapi tinjauan Financial Health Check.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pelan dan servis yang ditawarkan AIA, korang boleh layari laman web rasmi mereka di SINI