Tiba musim perayaan mesti ramai yang dah teruja nak tambah koleksi barang kemas kan? Bukan apa kalau tak ada perhiasan rasanya tak lengkap pula baju raya kita nanti.
Istimewa untuk memastikan korang raya ready, HABIB kini mengadakan promosi Bazar Ramadan yang diadakan selama tiga hari bermula 31 Mac sehingga 2 April 2023.
Potongan harga sehingga RM25 segram!
Bazar Ramadan HABIB ni bukan baru pertama kali dianjurkan tau, sebaliknya ia dah jadi acara tahunan yang menawarkan promosi hebat bagi pelbagai seleksi barang kemas untuk pelanggan dari segenap usia mengikut citarasa masing-masing.
Paling best di Bazar Ramadan HABIB korang bakal menikmati potongan RM25 segram untuk barang kemas emas 916 terpilih (5gm ke bawah) serta potongan RM12 segram dan tanpa upah untuk barang kemas emas 916 terpilih.
Buat yang menggemari barangan kemas berlian, potongan sehingga 70% turut ditawarkan! Haa.. Berbaloi kan! Jom min share dengan korang antara koleksi yang tersedia di Bazar Ramadan HABIB:
Koleksi Arowana
Koleksi istimewa ni berinspirasikan warna, lekuk dan susunan sisik si Arowana menjadikan ia mewah dan bergaya. Tersedia dengan pelbagai pilihan rantai leher, rantai tangan, gelang tangan dan cincin sesuai buat mereka yang gemar akan penampilan lebih menonjol. Kurlass!
Didatangkan dalam emas 750 (18K) berona kuning atau ros bertatahkan berlian dan batu permata.
Buat korang yang gemar untuk tampil lebih simple pula, jangan risau sebab ada juga rekaan minimalis ditawarkan dengan harga berpatutan dan mampu milik. Walaupun ringkas namun tetap elegan di pagi raya.
Menariknya, koleksi Arowana turut ditawarkan dalam emas 916 tau!
Koleksi Oro Italia 916 eksklusif di HABIB
Buat korang yang gemar akan rekaan moden dan versatil, Oro Italia 916 adalah pilihan paling sesuai! Koleksi ni hadir dengan pilihan seperti rantai leher, rantai tangan, gelang tangan, cincin, subang dan anting-anting.
Favourite min dalam koleksi Oro Italia 916 adalah rantai leher labuh, sesuai digayakan bersama baju kurung mahupun kebaya. Ianya menaikkan seri aura klasik persalinan tradisional dan menyerlahkan lagi penampilan mereka yang berhijab.
Selain itu, koleksi sepadan ibu dan anak juga ditawarkan untuk mereka yang ingin kelihatan sedondon di hari raya.
Butang baju melayu dan cincin paladium perak, pelengkap penampilan si jejaka di pagi Aidilfitri
Siapa kata perempuan je yang nak bergaya sakan di pagi raya? Lelaki pun sama tau sebab tu HABIB menawarkan pelbagai pilihan butang baju melayu dengan rekaan dan warna yang berbeza dihiasi berlian dan batu permata untuk dipadankan bersama baju melayu.
Dengan butang baju melayu HABIB confirm sosok gaya si jejaka akan lebih menyerlah, lagi-lagi jika dipandankan dengan cincin paladium perak bertatahkan berlian dan batu permata.
Wafer Syiling Emas 999.9 Edisi Terhad
HABIB mengekalkan tradisinya untuk mengeluarkan Wafer Syiling Emas setiap musim perayaan. Tahun ni Wafer Syiling Emas 999.9 Edisi Terhad menjadi simbolik penghormatan kepada warisan seni tradisional Malaysia, tekat serta mengetengahkan motif alam semulajadi dan tumbuh-tumbuhan.
Didatangkan dalam lima rekaan berbeza – Bunga Cengkih, Bunga Kekwa, Bunga Padi, Bunga Raya dan Awan Larat, dilengkapi rekaan sampul yang unik dan sesuai dijadikan pemberian kepada yang tersayang mahupun pengganti duit raya atau dikumpul sebagai koleksi peribadi.
Ditawarkan pada harga serendah RM118 sekeping, wafer syiling emas ini mesti membahagiakan setiap yang menerima.
Kalau nak beli kelima-lima rekaan sekaligus pun boleh, ianya dijual pada harga RM590.
Tawaran lain menanti korang di HABIB
Nikmati pelbagai tawaran hebat seperti di bawah di kesemua cawangan HABIB seluruh Malaysia!
- Potongan RM12-RM25 segram untuk barangan kemas emas 916 terpilih
- Potongan RM25 segram untuk barangan kemas emas 916 5-gram dan ke bawah
- Tanpa upah untuk barangan kemas emas 916 terpilih
- Potongan sehingga 70% untuk barangan kemas berlian dan batu permata
- Hadiah istimewa dengan pembelian RM5,000 ke atas untuk barangan kemas emas,berlian dan batu permata.
Istimewa di HABIB Ampang Point dan HABIB II Ampang Point, waktu operasi mereka akan dilanjutkan dari jam 10 pagi sehingga 10 malam dan tersedia juga Zakat On Wheels di HABIB Ampang Point dari jam 10 pagi sehingga 8 malam bagi mereka yang ingin membuat pembayaran zakat dengan segera.
Selain Bazar Ramadan HABIB, mereka juga mengadakan pameran Barangan Kemas Rantaian Kasih di Aidilfitri 2023 di Aras LG, West Court, Pusat Membeli Belah IOI Putrajaya dari sekarang sehingga 9 April nanti.
Sementara itu, kini sehingga 21 April HABIB juga mengadakan kempen Rantaian Kasih di Aidilfitri 2023 HABIB di semua bilik pameran HABIB.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi www.habibjewels.com dan ikuti media sosial HABIB di Facebook, Instagram dan Tiktok.