berita

JOM RONDA Kongsi Keceriaan Bawa ‘Goodies Bag’ Kepada 4,000 Rumah Bertuah

November 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Media Prima OMNIA telah melancarkan JOM RONDA, inisiatif baharu yang bakal berkongsi keceriaan dengan komuniti setempat. Apa yang lebih menarik krew JOM RONDA bercadang untuk melawat sekurang-kurangnya empat komuniti sehari, bermula 1 November ini sehinga 26 November dan menyasarkan sebanyak 4,000 rumah.

JOM RONDA kongsi keriangan

 

Penduduk setempat boleh melayari JOM RONDA secara atas talian dan berinteraksi bersama krew. Matlamat JOM RONDA adalah untuk merapatkan jurang antara jenama dan pengguna di Malaysia dan memudahkan mereka selaras dengan norma baharu.

Ujar Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima OMNIA, Datuk Michael Chan inisiatif ini merupakan kesinambungan daripada siri ‘Jom’ yang sebelum ini telah dijalankan.

JOM RONDA bermatlamatkan untuk berkongsi keceriaan kepada komuniti yang kami lawat, dan memberikan barangan kepada mereka. Kami gembira dapat menjadi pemangkin kepada kesejahteraan komuniti dan rakan kongsi dengan mencipta platfom baharu yang menawarkan keseronokan yang sebenar dan ruang interaksi.

Media Prima OMNIA juga berbangga mempunyai Febreze sebagai rakan kongsi pertama dan komuniti yang bertuah berpeluang untuk berinteraksi bersama dengan krew JOM RONDA. Setiap beg yang diedarkan mengandungi pelbagai produk termasuklah makanan dan minuman, produk kesihatan, barangan kanak-kanak dan kecantikan.

Para penerima beg JOM RONDA digalakkan berkongsi keriangan tersebut menerusi swafoto terbaik dan memuat naik di media sosial menggunakan #jomronda sekali gus, berpeluang untuk membawa pulang hadiah misteri.

SKIP THIS AD ×