berita

Jom Sama-Sama Bantu Mereka Yang Memerlukan Dengan #SmileStrongBersama Colgate!

December 23rd, 2020 | by Syakilla Marzuki
Insiprasi

Tidak dinafikan bahawa rakyat Malaysia sekarang berdepan dengan situasi yang getir di mana ia dirasai dari sudut kesihatan, keselamatan, ekonomi dan sosial.

Serangan wabak COVID-19 menyebabkan perkembangan ekonomi negara kita terjejas dan akibatnya ramai yang hilang punca pendapatan. Nasib rakyat di bandar mahu pun luar bandar dilihat kelam untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.

Jadi, sekarang adalah masa untuk semua rakyat Malaysia berganding bahu untuk menghulurkan bantuan, sama ada dari segi kewangan, fizikal atau khidmat kaunseling.

Jom sama sama kita menjanakan optimisme dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bersama Colgate dalam kempen #SmileStrongBersama.

Beri inspirasi kepada masyarakat yang terkesan

Macam yang korang tahu, Colgate adalah jenama penjagaan mulut dan gigi yang terkenal terutamanya apabila dikaitkan dengan senyuman.

Dengan gigi yang sihat dan kuat ia bukan saja menyinar, malah dapat membuat perubahan positif untuk diri sendiri dan juga orang lain.

Jadi, Colgate sentiasa percayai bahawa setiap individu boleh membawa perubahan yang positif terhadap diri dan masyarakat. Jadi, platform ini dibina untuk mengalakkan semua individu untuk terus senyum dan membantu golongan yang terjejas pada waktu ini untuk senyum bersama.

Menyumbangkan pek penjagaan diri kepada golongan yang kurang berkemampuan di sekitar Malaysia!

Mulai sekarang hingga 31 Januari 2021, Colgate juga akan menyumbangkan pek penjagaan diri kepada golongan yang kurang berkemampuan di sekitar Malaysia.

Korang boleh join sekali dalam kempen ni tau! Apa yang korang perlu buat? Hulurkan “senyuman” korang dengan IG filter  “donate a smile”  di Instagram Colgate Malaysia dengan steps yang senang dekat bawah ni. 

  1. Pergi ke laman Instagram Colgate
  2. Klik pada filter “Donate A Smile” di bio mereka
  3. Tag @colgate_malaysia sebelum post senyuman korang di IG story

Dengan bantuan dan usaha ini, korang bukan saja memberikan inspirasi buat mereka yang kurang bernasib baik, malah dapat menyebarkan aura positif melalui senyuman.

Tingkatkan kesedaran melalui senyuman

Colgate melancarkan kempen #SmileStrongBersama ini dengan kerjasama beberapa warga Malaysia yang tidak pernah lelah dalam perjalanan mereka untuk membawa kesan positif terhadap komuniti dan Malaysia yang kini telah menjadi punca inspirasi kepada ramai.

Senyuman yang dikumpulkan sempena kempen #SmileStrongBersama akan ditukar menjadi pek penjagaan diri yang akan disampaikan kepada golongan kurang berkemampuan. Jom tengok kisah dan perjalanan mereka selama ini kat bawah.

Jom bahagiakan orang lain dengan #SmileStrongBersama Colgate sekarang!

Mungkin dengan satu senyuman korang rasa macam kecil, tapi tau tak ia dapat membahagiakan orang lain. So, tunggu apa lagi guys? Jom bahagiakan mereka yang memerlukan dan membantu menderma pek penjagaan diri dengan #SmileStrongBersama Colgate hari ini!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web Colgate dan Instagram mereka sekarang untuk join tau! Satu senyuman membawa beribu makna.

SKIP THIS AD ×