berita

Jom Sertai District Race Malaysia by AIA Vitality Mac Ini!

March 4th, 2021 | by Noraniza
Kesihatan & Hidup Aktif

Acara larian digital District Race Malaysia by AIA ini dilaksanakan bersesuaian dengan keadaan pandemik sekarang di mana korang boleh menyertai acara yang akan berlangsung selama empat bulan ini tak kira dimana korang berada! Langkah pertama sudah tentu korang perlu muat turun District App!

District App membolehkan korang mengutip mata dengan menamatkan virtual checkpoints dan halangan dalam had masa perlumbaan. Mudah sahaja, korang perlu keluar rumah, aktifkan aplikasi District App dan ikuti setiap lokasi GPS untuk memperoleh mata.

Kalau korang tak nak ikut checkpoints, korang juga boleh mendapat mata menerusi aktiviti berjalan atau berlari. Cuma, pastikan simpan progress perjalanan korang dalam District App atau boleh menghubungkan dengan jam peranti yang mempunyai sokongan GPS.

Yang bestnya, jika korang dah kumpul lebih daripada 2,000 mata apabila bersaing dalam District Race Malaysia, korang berpeluang memenangi hadiah lumayan termasuklah Proton X50! Selain itu, terdapat lebih 40 hadiah untuk dimenangi antaranya ialah jam Garmin, peralatan Adidas dan banyak lagi! *tertakluk kepada terma dan syarat

Tunggu apa lagi, jom daftar District Race Malaysia by AIA Vitality dengan muat turun aplikasi di sini

Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, ikuti laman sesawang District Race Malaysia di Facebook dan Instagram.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×