berita

Jom Tengok Tips Nak Beli Barang Elektrik Dengan Jimat Raya Ni! Mana Boleh Main Beli Je!

April 26th, 2018 | by Azyan
Kini Trending

Bila tiba Hari Raya, memang rasa macam nak tukar semua benda kat dalam rumah kan? Langsir, sofa dan cat pun kalau boleh korang nak tukar. Alasannya, taknak rumah nampak bosan. Takdelah nanti orang datang tengok rumah korang sama je macam tahun lepas.

Ish, mana boleh macam tu. Korang kene pastikan barang yang korang nak tukar tu memang dah sampai masa nak tukar, dah buruk sangat ataupun dah rosak.

Nak beli barang baru tu pun ada caranya tau, bukan main beli je.. nanti rugi! Jom tengok tips macam mana nak berbelanja dengan lebih jimat!

Mestilah pilih produk yang Energy-Saving!

Korang kena make sure barang yang korang nak beli tu ada fungsi energy-saving tau. Ia boleh membantu korang menjimatkan elektrik dan menyelamatkan alam sekitar! Contohnya macam peti sejukPanasonic dengan Inverter ni. Memang berbaloi kalau korang beli!

Fikir dua tiga kali sebelum beli!

Korang kena pastikan barang tu betul-betul korang kene tukar atau nak beli. Kalau takat nak beli time raya, lepas tu tak pakai dah, baik tak payah lah. Tu membazir namanya. Nak lagi selamat, korang bawak kawan untuk nasihat korang masa shopping hehe!

Barang yang memudahkan kerja korang!

Ha, ada baju korang yang tak boleh tau nak gosok guna seterika biasa. Korang kena guna yang wap tu, lagi-lagi baju raya wanita yang banyak manik atau yang berlapis-lapis. So, kami sarankan untuk korang beli Philips Steam Iron ni!

Beli barang yang evergreen~

Kalau beli barang tu, janganlah beli barang yang cepat kene telan dek zaman. Pilihlah yang evergreen atau masa beli barang tu korang kaitkan dengan masa depan. Contohnya, sekarang ni zaman digital dan internet kan. So, apa kata korang beli set TV yang boleh access internet terus macam SONY INTERNET UHD TV-55 ni ! Ha..kan senang!

Harga berpatutan dan warranty wajib ada!

Ini mestilah yang paling penting kan? Korang kena make sure yang barangan tu dijual dengan harga berpatutan dan ada warranty!

Warranty ni penting sangat sebab kalau masih dalam tempoh warranty, wakil kedai tersebut akan gantikan barangan tersebut tanpa sebarang bayaran! Lagi bagus kalau kedai tu ada offer nak sambung tempoh warranty dengan percuma. Lagi lama, lagi elok!

Kat mana nak cari barang-barang yang ada dalam feature ni..?

Dekat mana lagi kalau bukan dekat kedai yang ada di merata tempat untuk kemudahan korang semua? Senheng lah!

Musim raya dah dekat ni. Apa kata korang pergi usha barang-barang dekat Senheng. Kebanyakkan produk di kedai ni memang energy saving dan dijamin berkualiti. Kalau korang tak pasti, tanya je staf diorang. Memang sangat membantu! Harga berpatutan, warranty pun ada!

Yang lagi best, kalau korang berbelanja dengan AEON EP, korang boleh dapat interest serendah 0.85%! Interest paling murah di antara kedai elektrik lain tau!

Korang jugak berpeluang untuk dapatkan warranty extra 1 tahun! Bukan tu je ada lagi yang korang boleh dapat dengan Senheng. Antaranya baucar petrol sebanyak RM30 dan baucar KFC! WOW!

So, apa lagi guys? Serbu lah Senheng sekarang! Untuk maklumat lanjut, korang klik je sini!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×