Diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.A katanya yang bermaksud, “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang-orang yang berpuasa daripada perbuatan sia-sia (al-laghw) dan ucapan yang kotor (al-rafas), dan juga sebagai hidangan bagi orang-orang miskin.
Sebagai umat Islam, zakat dah menjadi satu kewajipan ke atas kita. Sepanjang Ramadan kali ini, Lembaga Zakat Selangor kembali dengan Kempen Kongsi Rezeki dengan Zakat yang bertujuan untuk menggalakkan dan menyeru umat Islam terutamanya di Selangor untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan.
Untuk pengetahuan korang, dengan berzakat, kita bukan sahaja dapat membantu kelangsungan hidup lebih 70,000 keluarga asnaf fakir, malah dapat meringankan beban golongan miskin dan individu mualaf di Selangor.
Berapa zakat fitrah yang perlu dibayar?
Min yakin, mesti ada antara kita yang masih tak pasti tentang kadar bayaran zakat fitrah yang perlu dibayar, jangan risau, meh min kongsikan.
Untuk pengetahuan korang, LZS telah perkenalkan bayaran zakat fitrah mengikut beras yang dimakan sejak tahun 2018.
- Kadar zakat fitrah ditetapkan RM7 untuk pengguna beras Super Special Tempatan lima peratus dan ia merupakan kadar wajib minima sebagaimana diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
- Manakala kadar RM14 adalah bagi pengguna beras Super Import, Beras Perang, Beras Pulut, Herba Ponni dan Beras Wangi.
- Bagi kadar RM21 pula adalah untuk umat Islam yang memakan beras jenis Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah dan setaraf dengannya.
Selain itu LZS turut melantik 2,778 orang Penolong Amil Fitrah (PAF) di seluruh Selangor bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah.
Tak sempat nak bayar zakat di kaunter zakat? Bayar online je..
Min faham, ramai yang ada kekangan masa untuk membayar zakat secara tunai di kaunter. Bagi memudahkan korang semua untuk menunaikan zakat, LZS turut menyediakan pelbagai platform pembayaran dalam talian yang lebih pantas dan selamat.
Antara saluran pembayaran zakat yang boleh dilakukan secara dalam talian adalah melalui:
i. EzakatPay dengan melayari https://fpx.zakatselangor.com.my
ii. Perbankan internet
iii. Portal MyEg
iv. Pos Online
v. Aplikasi e-dompet MAE, Touch N Go, Selangkah, GoPayz dan Boost
Oh ya, LZS turut membuka perkhidmatan kaunter 7 hari seminggu sepanjang ramadan.
Bayar zakat fitrah & harta untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan!
Selain zakat fitrah, korang juga boleh membayar zakat harta secara online di ezakatpay atau di cawangan LZS yang berdekatan.
Menariknya, sekiranya korang membayar zakat fitrah bermula 12 Mac sehingga 29 April 2024, korang berpeluang untuk memenangi hadiah berupa syiling emas 999 seberat 1 gram dan Jam pintar bernilai RM1,000. Wow!
Manakala, buat korang yang menunaikan zakat harta, korang berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa jam pintar bernilai RM1000 berserta hadiah mingguan baucar Raya AEON bernilai RM100.
Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen Kongsi Rezeki Dengan Zakat korang boleh layari laman web Lembaga Zakat Selangor atau melalui media sosial rasmi LZS.