berita

Joras Dihentam Kerana Lawak Biadap & Ini Peserta Maharaja Lawak Mega 2016 Yang Kami Rasa Akan Ke Final

April 16th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

mj

Semalam merupakan minggu ke 12 Maharaja Lawak Mega 2016. Wahh, cepat masa berlalu kan? Apa pendapat anda mengenai peserta-peserta untuk musim ni? Kelakar sampai boleh buat korang menangis tak? Walaupun edisi kali ni peserta tak power macam tahun-tahun sebelumnya, kami sebagai penonton rasakan MLM 2016 masih punyai tarikan tersendiri.

Bertemakan ‘Radio dan Artis Jemputan’, majoriti peserta dapat buat persembahan yang baik. Boleh la buat kami ketawa daripada tak ketawa langsung. Minggu depan merupakan pentas separuh akhir. Agak-agak siapa yang dapat ke final?

1. Bocey

A video posted by Astro Gempak (@astrogempak) on

Bakat dan idea mereka memang tak boleh disangkalkan lagi. Mereka ni boleh dikatakan ‘otai’ dalam pentas MLM. Hampir setiap minggu mereka berikan persembahan yang mengancam sampai tak kering gusi penonton dibuatnya. Semalam juga mereka masih mengekalkan momentum yang sama dan dapat pujian melambung dari para juri.

Cuma, bagi kami persembahan kedua (artis jemputan) macam kurang padu sikit. Tapi apa-apa pun kami pasti Bocey pasti akan melangkah ke final. Confirm!

2. LOL

Gabungan otai yang dilahirkan dari program Raja Lawak ni juga tak kurang hebatnya. Baik Tauke, Ajak dan Angah semuanya ada tarikan tersendiri walaupun pertama kali digabungkan sebagai satu kumpulan. Sejujurnya, persembahan mereka ada turun naik tapi kebanyakannya menggelikan hati.

Semalam bagi kami tema radio mereka sangat kelakar. Tauke sebagai mat gian yang jual radio dapat pujian sebagai pelakon A-List oleh Shaheizy Sam. Fuh power! Walaupun mereka tak konsisten macam Bocey, tapi kami mereka merupakan pencabar terdekat dalam merangkul juara.

3. Reza

A video posted by Astro Gempak (@astrogempak) on

Pada mulanya kami tak kenal siapakah gerangan lelaki yang berambut panjang ni. Tak pernah nampak di mana-mana program di TV langsung. Tapi lama-kelamaan Reza dapat perhatian para juri dan orang ramai kerana berjaya buat persembahan yang memberangsangkan. Keyakinan berada di atas pentas pun meningkat.

Tapi akhir-akhir ni kami berpendapat bahawa prestasi persembahan Reza macam merudum. Tak tahu la idea dah kurang ke apa. Ramai penonton juga kritik persembahan Reza sehingga mereka berpendapat bahawa Reza patut disingkirkan.

Screen Shot 2016-04-16 at 4.17.55 AM

Screen Shot 2016-04-16 at 4.18.10 AM

 

Mujur Reza punyai ramai sangat peminat sehingga semalam sebelum bermula persembahan Reza berada undian paling atas. Ehem not bad! Atas sebab tu lah kami rasa Reza akan layak ke pentas akhir.

Joras dikutuk kerana lawak biadap?

A video posted by Astro Gempak (@astrogempak) on

Kami tidak berpihak kepada sesiapa mengenai perkara ni. Mungkin Joras dan Mak Jah dah rehearsal awal-awal dan sediakan skrip yang teratur sebelum buat persembahan. Tapi ramai yang berpendapat lawak Joras terhadap Mak Jah sangat over. Nak ikutkan persembahan mereka akhir-akhir ni dapat pujian para juri. Apa pendapat anda?

Semalam AC Mizal mengumumkan bahawa Joras tersingkir. Namun semuanya hanya lakonan semata-mata kerana tiada penyingkiran dibuat semalam. Kalau tak korang rasa siapa yang tersingkir? Hmm

Screen Shot 2016-04-16 at 4.20.39 AM

Screen Shot 2016-04-16 at 4.20.54 AM

Sumber: Instagram Astro Gempak

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×