berita

Peminat Desak Jozan Kembali Beraksi Dalam Maharaja Lawak Mega 2014

October 29th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-10-29 at 12.18.12 PM

Tidak seperti program realiti televisyen yang lain, nampaknya program Maharaja Lawak Mega (MLM) masih lagi relevan di hati penonton.

Buktinya, walaupun MLM 2014 hanya akan bermula pada 14 November nanti, kehangatannya sudah jelas terasa. Lebih-lebih lagi apabila Johan dan Zizan dipertemukan dalam program Meletop semalam.

Apabila membaca komen-komen para peminat, nampaknya ramai masih mendambakan team Jozan. Katanya chemistry Johan dan Zizan (Jozan) memang terbaik! Sampai ada peminat yang sebak apabila Jozan tidak beraksi di MLM 2014.

jozan

Dia yg slalu buat sya marah.. dia berjaya buat sya menangis.. dia pandai buat sya senyum.. dia je lelaki yg selalu suka cium sya (gatal!!!) Dia sentiasa dlm hati sya.. dia la sahabat sya… ya!! @zizanrazak869 aku syg ko!! Walaupon ko mcm2!!! #sahabatselamanya #jozantetapjozan – Johan

Seperti yang umum sedia maklum, Zizan akan menyertai Jambu yang membentuk kumpulan baru iaitu Virus. Sementara itu, Johan pula tidak menyertai MLM 2014 kerana dikatakan mahu berehat seketika.

Artikel Berkaitan: Maharaja Lawak Mega 2014 : Netizen Tak Puas Hati Zizan Sertai Jambu

Mungkin akan ada pihak yang mengatakan bahawa Jozan tidak perlu masuk semula di MLM kerana pernah menjuarai program itu pada tahun 2012.

MLM

Namun, rasanya alasan itu tidak relevan kerana kumpulan Sepahtu, dengan penambahan ahli baru iaitu Rahim di MLM 2013 turut membawa pulang gelaran juara. Malah, ahli original Sepahtu juga dikatakan bakal beraksi di MLM 2014.

Bagaimanapun, nampaknya keputusan Jozan sudah tidak dapat diubah lagi. Mungkin peminat hanya dapat menyaksikan lawak overdose Jozan di MLM 2015. Siapa tahu masa tu mereka mahu tambah ahli baru untuk menghangatkan lagi aksi Jozan?

jozan1

Buat masa sekarang, kami nak ucapkan selamat berjaya kepada kumpulan Virus dan buat Johan pula, take a good rest bro! Kami menunggu Jozan kembali di pentas MLM!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×