berita

JPJ Lanjut Diskaun 70% Bayaran Saman Sehingga 30 September

September 4th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Berita gembira kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai saman tertunggak. Tempoh diskaun pembayaran saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dipanjangkan sehingga hujung bulan September 2020.

Penerima saman bakal ditawarkan potongan diskaun sebanyak 70 peratus yang bertujuan membantu rakyat ketika menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sambutan yang menggalakkan

Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik JPJ, Mohamad Yatim Nawawi, berkata tempoh pembayaran yang berakhir pada 31 Ogos lalu dilanjutkan sebulan atas arahan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bagi membantu rakyat ketika menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Tambah beliau, sambutan yang diterima menerusi tawaran diskaun begitu menggalakkan sehingga menyebabkan semua pejabat JPJ negeri, cawangan dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) sesak.

Selain pejabat JPJ negeri, cawangan dan UTC, orang ramai juga boleh membuat pembayaran melalui portal mySIKAPJPJ, kiosk JPJ dan JPJ Mobile. 

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×