Ini bukan kali pertama Alif Satar menjadi mangsa kecaman netizen gara-gara isu rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah. Malah, Alif Satar turut memuatnaik sekeping foto menerusi Instagram menyaksikan seolah dia sudah ‘penat’ dengan gurauan netizen itu.
Tetapi apa yang lebih menarik perhatian netizen pada foto tersebut ialah seutas jam jemana Rolex pada tangan kirinya. Netizen siap buat kerja dan check harga seutas jam tangan itu tau! Boleh tahan mahal juga.
Jam tangan Alif Satar tarik perhatian
Sebuah Tweet hanya menggunakan kapsyen ‘Pheeweww’ disertakan sekeping gambar Alif Satar dan screenshot beberapa harga utas jam telah mendapat lebih 9.1ribu retweet sekali gus menarik perhatian netizen.
Disertakan dengan screenshot seutas jam mirip yang dipakai Alif Satar berjenama Rolex Cosmograph Daytona dengan harga sekitar RM 121,390.00. Secara tidak langsung, ianya telah menarik perhatian netizen membincangkan mengenai kemewahan pengacara itu.
Kalis air sedalam 100 meter
Menerusi sebuah portal rasmi Rolex SA, jam tangan edisi Cosmograph Daytona terdapat beberapa design dan warna. Antaranya ialah warna Yellow Gold, White Gold, Oystersteel, Platinum, Pink Gold dan sebagainya.
Malah, kelebihan jam tangan ini adalah sangat sesuai untuk anda yang aktif bersukan seperti marathon dan berenang. Cosmograph Daytona direka dengan teknologi dan fungsi terbaik buat ahli sukan. Sepastinya jam tangan ini kalis air sedalam 100 meter.
Untuk pengetahuan anda juga, jam tangan jenama Rolex mengandungi 18 karat emas termasuk emas kuning, putih dan Everose.
Kena ngorat Alif Satar la macam ni
Harga sama dengan degree
4 biji Axia pun lepas
Sumber: Ayen