Disyaki menjual makanan kepada individu tidak berpuasa, seorang peniaga di Bachok, Kelantan sanggup menyembunyikan lauk pauk termasuk nasi bungkus di dalam tandas dan mesin basuh.
Sorok makanan dalam tandas
Memetik laporan Harian Metro, seorang peniaga wanita yang menjual dari rumah diberi amaran oleh Pejabat Agama Jajahan Bachok selepas dia didapati menyembunyikan makanan di dalam tandas untuk dijual kepada orang tidak berpuasa. Difahamkan, lebih 20 bungkus nasi berlauk ayam bersama teh O ais dirampas dalam satu operasi cegah orang tidak berpuasa yang dijalankan oleh Pejabat Agama Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok.
Menurut Pegawai Agama Jajahan Bachok Suratemi Mat Yusof, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya melakukan pemantuan selain menerima aduan daripada orang awam.
Hasil operasi menemukan lebih 20 bungkus nasi yang disorok dalam mesin basuh dan ayam yang diperap di dalam tandas.
Selain itu, kita juga menemukan teh o ais yang disembunyikan dalam bilik tidur. Hasil soal siasat, pemilik rumah mengaku membungkus nasi itu sebelum pembeli menghubunginya untuk mengambil makanan itu.
Susulan daripada itu, peniaga tersebut telah dinasihatkan selain dipanggil untuk diberi kaunseling supaya tidak menjual makanan pada waktu pagi sepanjang Ramadan.
Sumber: Harian Metro